Assalamualaikum
Lepas maghrib Lin ajak ke Ipoh untuk urusan dia. Habis berurusan macam biasa dia Tanya nak makan mana. Aku dah setting baeeeek punya 1 tempat ni. So Lin pon drive ke situ. Sampai sana xde parking kenala tawaf cari parking. Dah jumpa parking turun cari kedai. Cari kedai tak jumpa. Aku macam malu pon ada kat Lin. Takut plak bengang mamat ni ngan aku. "erkkkk.... bukan kat sini kot.... kita makan tempat lain la erk" masa cakap tu pon aku tak pandang sangat muka dia. Dia diam je.... So aku decide makan kat sini. lagi pon dah lama tak singgah sini.... adehhhhhh.......
Entiti yang belum dikenal pasti paranormal herkkkk
GERAI NASI GRENG UDANG ok
air airan dah sampai
Nasi goreng udang. udang penoh ok. harga x silap rm10.++. tapi berbaloi....
nasi goreng udang jugak.... saje je buat banyak kali sebab gambar sikit hahahahahhaha
tengah makan hujan turun lari masuk dalam kedai
ada jual sate, mee kari lauk pauk dan lain2
Ok. total rm25.30. Makan ok kedai pon bersih. Semua yang meniaga melayu.
Kedai kedai kat sini berasal dari deretan kedai di stesen keretapi dulu. Fuh.... kenangan mengusik jiwa tu. Bila tadi aku datang sini aku masih terasa di stesen keretapi Ipoh. Masa kecik ayah suka bawak aku dengan mak makan kat sini@stesen keretapi Ipoh. Lepas makan boleh tengok konsert kilat kasut yang ada kat taman depan stesen keretapi tu. Konsert kilat kasut yang hebat dia nyanyi dia yang buat bunyi drum dia juga yang buat bunyi gitar semua original pakai mulut. Selang seli bercerita kisah2 hidup beliau. Bila aku teringat dia aku sedih. Perasaan kesian sangat menebal bila tgk sang penghibur ni. Di depannya dibentangkan sehelai kain untuk yang memberi sumbangan seikhlasnya. Apa pun aku dan penonton lain tetap terhibur. Zaman aku kecik memang xde android ke tab ke Ipad ke..... tapi ayah dan mak banyak mengisi kenangan masa kecik aku dengan erti kehidupan dan subjek rezeki.
Lokasinya kedai- kedai ni di hadapan Pusat Islam Ipoh, bersebelahan dengan BSN Jalan Panglima bukit Gantang Abdul wahab. sila datang dan cuba. Maaf mungkin teremosi sikit masa ni.
okay itu dinamakan nasi goreng udang banjir!
ReplyDeletehahahaha...
╔════════════════════════╗
║
║ My Blog ► http://abgdude.com/blog
║
╚════════════════════════╝
sebab banjir tu la layan heheheheh
DeleteThe Nasi Goreng in Nasi Goreng Udangwill add shrimp, squid and other ingredients to enrich the taste of Nasi Gorenge and make it more nutritious and delicious.
ReplyDelete