JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Monday 30 September 2013

Sungai Chepor aka Lata Chepor

Assalamualaikum
                 Lama dah aku tak masuk sungai ni. Masa kecik kemain lagi. Asal sedare datang mesti hysteria nak mandi sini. Sampai sekarang kot rasanya. Tapi sekarang kalau sedare datang diorang pergi sendiri je pon. Aku dah lemau nak mandi sungai ni. Mungkin dah selalu sangat waktu kecik dulu. Sampai sekarang mandi laut ke sungai ke lagi tempat2 theme park yg ada mandi manda ni susah aku mandi. Ntah lah kenapa. Aku lebih rela tgk dan tunggu daripada join.  
                  Masa kecik memang aku gile mandi tempat2 mcm ni. Lepas tu dok ulang alik Dewan Bandaraya Ipoh Swimming complex. Ketagih kau mandi sana. Dah tu wajib berpakaian mandi. Banyak jugak ayah aku amik gambar waktu tu. Geli macam nak pengsan aku tgk balik pic aku possing dengan bikini masa kecik dulu. Ada sekali aku paksa ayah aku pergi Mimaland. Konon papan gelongsor dia antara tertinggi dalam asia. Aku baru je 8 tahun waktu tu pergi naik walhal tu untuk org dewasa. Naik dan gelongsor. hah baru rasa takut mcm nak mati. Final tempat gelongsor tu jugak makan org sampai kene tutup. betulkan? hahahhaha aku ada baca benda tu. Tak pasti kesahihannya. So sape2 nak pegi Mimaland silakan. Tapi skang dah boleh mandi kecuali bermesra2 dengan penduduk misteri di sana.
            
Masuk sini: Kg Chepor Dalam
 
 
 
Jalan terus 1km. Boleh sampai dah .....
 
view nk keluar
 
Bayar hari cuti je.
 
 
Peta harta karun
 
Antara pondok yg ada
 
pondok lagi
 
Waktu tu sungai airnya agak cetek
 
Chalet rm80
 
bbq station ayam bawak sendiri
 
Jambatan ke chalet tadi
 
Peringatan

Signboard chalet tadi

Tempat makan yg dibuka pada hari cuti sahaja. Ada 3 kedai.

Sungai lagi

Hati boleh tenang tgk sungai ni mengalir. Terapi tuh.....

Ada padang. Boleh adakan activity berpadang mana yg buat rombongan

padang lagi

Dewan

Pertengahan di tutup. Dibuka pada cuti sahaja. Tapi aku naik motor boleh naik.

Terus sampai atas. Surau. Kurang jagaan dan seram.
 
Depan surau ni dulu ada rimbunan pokok buloh. Skang dah clear buat parking.
 
Masih depan surau lagi

Lepas surau ada sikit lagi jalan tar. Lepas tu sape nak mandi yg atas2 boleh jalan kaki. Setengah jam lepas tu ada satu tempat dipanggil lubuk omputih. Tempat tu x banyak batu. Sangat senang hati nak mandi.

Toilet yg sangat menayat hati.

Depan surau lagi

Sungai area surau

surau area surau lagi

pondok sekitar surau
ok. turun nak balik. baru perasan toilet ni. Mungkin roboh sebab pergadohan ultraman dan gorgom.

ada jugak tempat untuk bebudak yang boring tunggu mak bapak kemaruk mandi

ntah x nampak
 
PERSEKITARAN YG BERSIH ADALAH MILIK BERSAMA KITA

Gunakan tong sampah dan mop sebenarnya

DILARANG MENCUCI DAGING PERUT DAN MENINGGAKAN SISA2 TULANG ORBAN DI DALAM SUNGAI

Hutan lagi....
 
model modelan

ok otw balik. sekitar kampung

Masjid tempat aku disatukan dengan Lin

Nanti dah sampai jalan besar ada signboard ni
 
Ok. Kebersihan agak kurang nak compare dulu2 zaman aku kecik thn 90an gitulah. Sebab apa? Jangan kita ingat kita dah bayar masuk kita buat sesuka hati. Buang sampah merata. Bbq sana sini lepas tinggal gitu je. Sampah2 picnic harap org lain buang! Jgn gitu. Org yg suka buang sampah merata bagi aku pengotor habis! Ko make up lawa mcm mana pon, baju ko segak macam mana pon sekali ko buang sampah merata di mata aku ko adalah fail! Alam ni Tuhan bagi kita free untuk nikmati bersama. Xkan setakat jaga kebersihan pon kita gagal? Sampah tu kalau aku masuk 1 beg plastic sampai rumah br buang. Kalau tak pon ikat kemas kumpulan ditempat sampah biar senang sikit orang yg bertugas.
                   Perkara ke2. Plislah yg bukan muhrim. Tak usahlah membuat onar di sini. Kalau rasa org lain tak Nampak disaat korg ber2 masa tu lah banyak lagi mata lain yg tgk terutama siDia.
                   ok. Sayangi flora dan fauna. selamat menikmati keindahan alam bersama keluarga tercinta di Sungai Chepor.Wassalam
 
 
 

Hari Peladang Sungai Siput

\
ssalamualaikum
So petang tadi ambik masa  jalan2 ke Ladang Infoternak Sungai Siput sempena Hari Peladang. Besok lastday. Sesape nak pergi tgk boleh boleh lah datang. Orang jangan cakap laa... mai aiiii ramainye. ok.... adalah aku amik gambar sikit2...
Apa? Yg lampu tu kilang APMC dulu. Skang dah tukar nama apa ntah. Memang takde kene mengena. Ni tempat parking nak pergi Hari Peladang.

Kereta memang banyak... tak terhingeee

ok dah masuk. Tgk pokok dulu. Pokok Rambutan Anak Sekolah namanya. aku memula tak percaya dengan nama tu. baca banya kali. ye Wujud! bukan misteri. So bapak aku ada tapau 3 pokok. Pokok durian dan pokok ape ntah.

Pokok cili.

Ini peria yg telah dikeringkan.

boleh rasa sebelum beli produk2 ni.

Ramai x?

Tetiba jiran aku pon ada meniagakan. ok. lemme promote sket produk ni. Ini adalah sejenis minyak. Minyak ni namanya Muscare Aroma. Minyak ni dibuat dr herba2 terpilih. Minyak ni Wangi ok. Minyak ni untuk segala macam sakit. cth pening, lelah, luka etc. Nak tau lebih lanjut boleh tgk sini http://www.aura1377.com/
Aku dah pakai minyak ni masa bapak aku beli hari tu. Sapu kat tapak tangan dan cium je boleh sendawa. Sangat baik untuk buang angin dan lenguh2 badan ok.

yg putih macam cendawan tu alat mengurut. Mak aku dh grab lah.

Senduk pon mak aku grab

handmade

baju bajan

Asam my peberet. Aku suka makan sampai lupa daratan dan lautan. Aku makan asam macam ni boleh sakit perut sampai seminggu. tapi apa aku peduli? ada peluangggg belilah dan makanlahh... statement degil nak mampos... teringat aku masa raya kat umah sepupu ayah aku. dia ada hidang asam. punyalah sedap asam tu. asam tu asam pelam dia buat sendiri. aku boleh mentekedarah habiskan sebalang. Dah tu dia refill dengan perasaan kekurangan malu aku boleh habiskan yg dia refill tu. Mak aku dari mula aku makan sampai habis dok marah2 aku.... ko x malu ke ko tak malu.... hahahahah tu sebab aku sakit perut. derhaka kan?

mainan pun ada.... mahal kot. ingat nak beli untuk sikecik. cancel.... belikan belon je rm5

makan pasembor kat sini

Ni pasembor Padang Kota
 
Taiko bermain dgn masalah

Taiko usyar tajam dekat budak tak dengar arahan

Taiko seronok dapat duduk.

Aku sebenarnya ambik gambar orang tu masak char kuey tiaw keluar api. Tapi tiap kali aku snap api tak keluar. letih je lahhhhh

Lin pilih punya pilih rm40. Tapi kami boleh makan 4 orang.Berbaloilah ada 4 ekor udang dan seekor ketam plus beberapa ketul isi ikan, telur dan kentang.

Keadaan ruang makan boleh tahan selesa. Tapi ada bau lahhhhhh

handbag. Ini je yang aku beli buat kenang kenangan dimasa tua esok. herkkkk rm25. bolehlah....

buah delima. tak beli pon.
 
keadaan nak balik makin teruk sesak. Pak RELA pon dah x berapa nak rela dah aku tgk. Dok maki hamun sana sini.
 

Ok. Jumpa next year.
 
Ok. Seronoklah sekali sekala datang tempat macam ni. Lagi2 bawak sikecik aku ni yg suka tempat ramai2 orang. Yelah kat umah sorang je.... Asek main main ngan org tua je.... muka2 yg sama dok rolling. Over all ok. cuma tempat ramai orang ni kita kene hati hati bawak handbag. kene selalu tengok anak yg masih kecik takut hilang. Dan hati2 membeli jgn sampai membazir. Malam ni ada Ustaz Kazim. Aku tak sempat tgk dah balik awal. Yg jaga parking RELA. keje diorg ni penat aku paham. Nak kawal lalulintas lagi. Jadi kalau pegi tak usah gado2 dan menaikkan kemarahan orang. fahami tugas mereka. toksah la berebut parking.... malu wwoooo org tgk ramai. nanti masuk youtube terpemes pulak kan. hahahahahah. Wassalam.