JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Tuesday 17 September 2013

T-O-L-O-N-G

Assalamualaikum....
sehari dua ni Tuhan telah menghantar beberapa org untuk mintak tolong dengan aku.  Ini bukan cerita nak membangga ke hape.... ini cerita pasal nak kena tlg org yg dah mntk tlg ke kita. Bermakna secara autonya kite dipertanggungjawab oleh seseorg atas sesuatu dr dia. Itu la tlg nama nya.......

           Dalam beberapa pertolongan itu aku hanya mampu menyelesaikan 2 perkara sahaja untuk kali ni. Selebihnyanya Tuhan dah menetapkan tidak ada rezeki untuk aku tolong mereka kali ni. Mungkin dr org lain insyaallah.

               Yang bermain2 diminda aku saat ini, bila aku dah x boleh tlg, kenapa itu dijadikan alasan untuk "tidak mesra rakyat" dengan aku?
              
               Ini kebiasaan yg telah diset dalam minda. "ko tak tolong ko memang terukla...."
Bukannya aku malaikat tak pernah susah dan tak pernah mintak tolong dengan org lain. Dan masa senang pon adakalanya kita masih memerlukan khidmat org lain untuk membantu kita dalam macam2 hal.Dan kebanyakan tolong itu tak termakbul pon. Apa nak heran? Samaada org tu tolong betul2 atau sengaja xnak tolong tapi buat2 mcm dah tolong apa aku kesah? Memang ada perasaan kecewa. Tapi tu semua Tuhan dah tulis bukan dia yg bakal membantu kita. Dan x perlulah tarik muka dengan org yg tak dapat tolong kita.
            
           Perli demi perli yg aku terima. Pedih tapi aku senyum je. Ada yg sampai xnak call aku. Xpe mungkin xde kredit nak sgt fikir positive dan pujuk diri sendiri. Mungkin dengan cara begini mereka dapat puaskan hati sendiri.

               Ada jugak kes yg tak pernah call tapi tetiba call untuk mntak tolong. Dan yang paling menceriakan jiwa lepas tolong dah x Nampak muka ingatkan dah pindah ke alam baqa tapi bila susah ada balik. Maksudnya beliau sgt pandai buat silap mata.

               Ada yg dah lama x call tiba2 call bunyi srutttt sruttt hingus dulu maksudnya tgh nangis. Ada yg jarang2 call bile call ayat pertama "nak mintak tolong ni...."


               Memang saat aku tulis entry ni aku sedang rasa sgt terpukul akibat perkara2 begini. sampai mak aku cakap "ko jangan mengong lagi nak fikir benda2 ni" aku memang anak derhaka. mak aku selalu cakap aku xnak dengar...."dah sudahlah tu.... dia susah dia cari ko. Ko pulak yg terhegeh2 pegi tolong. time senang dia ingat ke kt ko?" memang kasar bunyinye... tapi hati aku selalu tak sampai tgk org merayu dekat aku. seorang mak mcm mn pon x sampai hati tgk anak diperlakukan begitu. Inilah balasan untuk aku yg kurang dengar cakap mak. mungkin sebab aku pekak kot....

                Tapi bila kita berjaya tolong orang tu sebenarnya ada kenikmatannye sendiri. kita berjaya membuat org lega sekaligus hati kita. tambahan org yg benar2 susah dan wajar ditolong buatkan hati aku tersenyum lebar menandakan kita pon benar2 ikhlas tolong dia.

               keikhlasan ni sebetulnya datang sendiri dan bukan dipanggil2. Aku mengaku adakalanya aku berlandaskan alasan "terpaksa" untuk menolong. Selebihnya aku serah je kat Tuhan.

          Antara kes yg selalu direportkan ke aku tempat pertama dimenangi oleh : duit. Duit oh duit.... Aku memang xde duit. Selalunya aku usaha sampai ke peringkat Tanya laki aku atau mak aku kalau2 nak bagi pinjam. Selalunya lulus. Tapi bila time bayar memang bercinta la.... nak tagih bukan cara. so diam je lah.... kes ke2 jatuh kepada meminjam harta benda. Biasanya aku akan bagi. Tapi masih ada jugak yg tak mampu memulangkan.
tempat ke 3 menerima arahan. Mintak tolong tanpa rasa bersalah. Suruh hantar itu ini ke satu2 tempat. Benda ni agak femes dalam kehidupan aku. jgn tak caye plak. Yang ini aku tgk keadaan. Wajar ke x ditolong. Kalau x blh aku akan cakap terus terang. Tak perlu berpantun2. Yg ke 4. Soal perasaan. Kes mcm ni selalu buat aku pening kepala. Dah mcm pakar kaunseling. Selalunya telinga aku dijadikan tempat meluah rasa kawan2 atau kezen kamceng. Antara luahan2 pasal boipren gelpren, gado adek beradek..... gado laki bini.... gado psl keje...mana yg aku rasa nak dengar aku dengar je lah.... kalau x aku cuba kene dengar jugak.... yg paling leceh bila pakai wattsup ke we chat ke.... nak type mcm nak pengsan. mcm mn pon aku tetap dengar walaupon kadang2 memang ada rasa menyampah.  Menyampah bukan sebab apa.... asyik2 benda yg sama dan sebenarnya masalah tu sendiri datang dari org yg call aku. Bodoh piang namanya tu....

            Ada jgk special kes, dia boleh buat benda tu tapi mntak tolong org. Yg ni paling x boleh bla sekali. Apa pon aku cuba memahami dan cuba tolong.

            Tolong beli barang.... hahahaha ni paling best. Jual apa je.... yg ni selalu mak bapak aku yg kena tolong...... dtg umah dengan nada merayu suruh beli barang yg dijual.... mcm mn pon mesti sangkut punye..... tapi yg ni atleast win2 situation kot. aku dapat brg ko dapat duit walaupon aku kene keluar duit hahahahha

         aku? ye aku pon banyak mintak tolong orang.... sebab aku manusia biasa yg dah ditakdirkan x sempurna. banyak kelemahan dan dgn itu aku pon selalu mntak tolong org.
         Aku sebenarnya sangat rasa bersalah bila nak mintak tolong org. Selalunya aku mintak tolong makcik sebelah umah aku tolong bagi makan kucing2. Itu yg paling kerap aku mintak tolong  bila aku terpaksa pergi ke 1 tempat dalam masa yg lama.
      Aku jugak selalu menyusahkan org2 disekeliling aku untuk mintak tolong terutamanya laki dan mak aku. Contoh paling dasyat tgh malam buta aku akan mintak tlg laki aku beli teh ais. Ini tiap2 malam berlaku. Kalau mak aku tiap hari aku request makan sampai naik menyampah dengan request yg bukan2. Soal perasan? aku dah lama xde masalah perasaan sebab memang xde perasaan.boleh kata perasaan aku dah lama mati.... saiko nak mampos kan? Soal duit? aku dah pandai jimat. kalau nak beli apa2 aku pakai duit org lain. jd duit aku maintain dalam purse.

          kesimpulannya, tolonglah berfikir sebelum mintak tolong org. lain. Fikirlah dari segenap sudut terutama kemampuan seseorg yg kita nak mintak tolong atau kita tak ubah seperti menghukum sang penolong...... tolong lah tolong.... belajar berdikari untuk membuat segala benda..... yg penting belajar.... jgn terlalu bergantung pada org lain. Yg penting..... TOLONGLAH HARGAI DAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAN sang penolong.... kita di atas bumi Allah ni saling memerlukan....
           Tolonglah juga pada yg tak mampu nak mintak tolong. x payah suruh dia cakap dulu.Tolong juga sesame makhluk Allah kita Nampak org susah cepat2 tolong. cth org buta tepi jalan, org cacat ke. haiwan2 tepi jalan yg tak bertuan. kalau Nampak bangkai binatang tgh jalan bolehlah tolong alihkan atau tolong tanam terus. bagilah makan pada binatang2 jalanan ni. kesiankan kita x tau ntah berapa lama makhluk Allah ni tak makan. Semoga amalan kita diberkati juga amin.Untuk ingatan diri sendiri dan sesiapa juga yg rasa nak ingat.


              

No comments:

Post a Comment