JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Monday 30 September 2013

Hari Peladang Sungai Siput

\
ssalamualaikum
So petang tadi ambik masa  jalan2 ke Ladang Infoternak Sungai Siput sempena Hari Peladang. Besok lastday. Sesape nak pergi tgk boleh boleh lah datang. Orang jangan cakap laa... mai aiiii ramainye. ok.... adalah aku amik gambar sikit2...
Apa? Yg lampu tu kilang APMC dulu. Skang dah tukar nama apa ntah. Memang takde kene mengena. Ni tempat parking nak pergi Hari Peladang.

Kereta memang banyak... tak terhingeee

ok dah masuk. Tgk pokok dulu. Pokok Rambutan Anak Sekolah namanya. aku memula tak percaya dengan nama tu. baca banya kali. ye Wujud! bukan misteri. So bapak aku ada tapau 3 pokok. Pokok durian dan pokok ape ntah.

Pokok cili.

Ini peria yg telah dikeringkan.

boleh rasa sebelum beli produk2 ni.

Ramai x?

Tetiba jiran aku pon ada meniagakan. ok. lemme promote sket produk ni. Ini adalah sejenis minyak. Minyak ni namanya Muscare Aroma. Minyak ni dibuat dr herba2 terpilih. Minyak ni Wangi ok. Minyak ni untuk segala macam sakit. cth pening, lelah, luka etc. Nak tau lebih lanjut boleh tgk sini http://www.aura1377.com/
Aku dah pakai minyak ni masa bapak aku beli hari tu. Sapu kat tapak tangan dan cium je boleh sendawa. Sangat baik untuk buang angin dan lenguh2 badan ok.

yg putih macam cendawan tu alat mengurut. Mak aku dh grab lah.

Senduk pon mak aku grab

handmade

baju bajan

Asam my peberet. Aku suka makan sampai lupa daratan dan lautan. Aku makan asam macam ni boleh sakit perut sampai seminggu. tapi apa aku peduli? ada peluangggg belilah dan makanlahh... statement degil nak mampos... teringat aku masa raya kat umah sepupu ayah aku. dia ada hidang asam. punyalah sedap asam tu. asam tu asam pelam dia buat sendiri. aku boleh mentekedarah habiskan sebalang. Dah tu dia refill dengan perasaan kekurangan malu aku boleh habiskan yg dia refill tu. Mak aku dari mula aku makan sampai habis dok marah2 aku.... ko x malu ke ko tak malu.... hahahahah tu sebab aku sakit perut. derhaka kan?

mainan pun ada.... mahal kot. ingat nak beli untuk sikecik. cancel.... belikan belon je rm5

makan pasembor kat sini

Ni pasembor Padang Kota
 
Taiko bermain dgn masalah

Taiko usyar tajam dekat budak tak dengar arahan

Taiko seronok dapat duduk.

Aku sebenarnya ambik gambar orang tu masak char kuey tiaw keluar api. Tapi tiap kali aku snap api tak keluar. letih je lahhhhh

Lin pilih punya pilih rm40. Tapi kami boleh makan 4 orang.Berbaloilah ada 4 ekor udang dan seekor ketam plus beberapa ketul isi ikan, telur dan kentang.

Keadaan ruang makan boleh tahan selesa. Tapi ada bau lahhhhhh

handbag. Ini je yang aku beli buat kenang kenangan dimasa tua esok. herkkkk rm25. bolehlah....

buah delima. tak beli pon.
 
keadaan nak balik makin teruk sesak. Pak RELA pon dah x berapa nak rela dah aku tgk. Dok maki hamun sana sini.
 

Ok. Jumpa next year.
 
Ok. Seronoklah sekali sekala datang tempat macam ni. Lagi2 bawak sikecik aku ni yg suka tempat ramai2 orang. Yelah kat umah sorang je.... Asek main main ngan org tua je.... muka2 yg sama dok rolling. Over all ok. cuma tempat ramai orang ni kita kene hati hati bawak handbag. kene selalu tengok anak yg masih kecik takut hilang. Dan hati2 membeli jgn sampai membazir. Malam ni ada Ustaz Kazim. Aku tak sempat tgk dah balik awal. Yg jaga parking RELA. keje diorg ni penat aku paham. Nak kawal lalulintas lagi. Jadi kalau pegi tak usah gado2 dan menaikkan kemarahan orang. fahami tugas mereka. toksah la berebut parking.... malu wwoooo org tgk ramai. nanti masuk youtube terpemes pulak kan. hahahahahah. Wassalam.

No comments:

Post a Comment