JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Sunday 1 September 2013

Zaman Persekolahan

Assalamualaikum

Zaman persekolahan banyak bagi aku pengajaran tentang berkawan. Tajam bunyinyekan.... hehehhehehe rilex dulu bah

Masa aku naik form 1 dulu geng keras sekolah rendah semua masuk asrama. Aku pulak mak bapak memang x bagi. Alasan aku belum pandai berdikari.  So tinggal la aku terkapai2 di sekolah yg berdekatan ni. Untuk beberapa bulan jugak dalam kelas tu cuma aku dan seorang budak laki je  budak melayu. yg lain semua cina dengan India.

            Stress jugak masa tu takde kawan. Tapi redha je la....yg paling sedih time rehat aku sorang je. Memang terasa mcam kat planet pluto. Terasing sangat.  Cuma dalam kelas happy sikit ada kawan. Time tu lah aku kena belajar berkawan dengan bangsa lain. Yg paling best aku rasa lebih focus kononnya berbanding dulu. ye la tu.....

           bile habis exam tgh thn cikgu select student dr kelas lain untuk diserap ke kelas aku. Ramai juga pelajar melayu yg masuk. Ada beberapa pelajar cina dan India dari kelas aku diserap ke kelas lain pulak.

          Aku biase je. Mula berkawan secara sederhana sebab tak kenal pon sebelum ni. Lama2 rapat la jugak. 2 daripadanya bespren sampai hari ni 1 laki 1 perempuan. Yang lain mungkin telah berpindah ke planet Marikh dan sebagainya. Malas pon nak ambik tau

          Dalam hidup berkawan ni aku seorang yg selalu menjadi mangsa buli. Saje nak mengaku memandang feeling mcm x best hari ni. Tapi ada jugak yg aku buli org. Tapi x banyak la.... 50 ke 60 kes jerr... hehehhehe gile....

         Over all time sekolah menengah dulu adalah moment yg paling x indah dalam hidup. Diulangi... PALING X INDAH dalam hidup. Ada la 1-2 cerita yg best.... yg lain hancorr...

         kenapakan???? memang..... mungkin sgt terkesan sampai hari ni dalam memori.

Beberapa memori pahit dan manis yg pernah jadi kat aku masa sekolah dulu.

  • aku pernah tolak kawan aku masa dia tgh minum. Sampai hari ni klu aku jumpa dia mesti aku minta maaf benda yg sama. Bila aku minta maaf dia hanya ketawa geli hati. bukan apa.... dia tgh minum aku tolak air botol tu masa dia tgh minum. lepas tu dia nangis.... tu yg buat aku rasa bersalah sampai hr ni

  • masa form 1 aku pernah jatuh cinta dengan sorg budak cina. tapi aku diam2 je lah....  lama2 budak tu notis jugak sebab aku selalu usyar dia. 1 hari sewaktu loceng tamat rehat berbunyi semua student standardla berpusu2 masuk ke kelas. kelas aku masa tu tingat 2. tgh naik tangga budak cina ni betul2 belakang aku. pastu belakang budak cina tu kawan sekelas kitorang budak cina jgk. Budak ni pergi tolak cina belakang aku. nak mengelakkan muka tersembam kat punggung dia tahan dengan tangan secara automatic dia tertolak pnggung aku. Semua Nampak kejadian tu berhore2 mcm kat funfair. time tu aku memang malu gilebabi la. budak cina ni marah betul kat budak yg tolak dia. Masa tu baru la aku dapat tau 1 kelas tu dah tau yg aku suka kat cina tu. macamana diorg tau tu aku pun tak tau. Lepas tu aku terus buat bodo macam xde apa2 sebab nak cover muka sgt. aku x usyar dia dah. so cerita cinta kami mati ditelan bumi begitu saje hehehhehe

  • masa tunggu bas balik dari sekolah aku menyeberangi satu longkang besar dan aku jatuh sebab kain sekolah tersangkut pada meter air. hal tu telah menyebabkan aku dipanggil longkang 1 sekolah selama sebulan jugak lah. Yg herannya geng aku hanya mampu menonton disaat kejatuhan, thanx fren. u mean everything to me.

  • aku pernah dicabar oleh 1 budak cina lelaki " saya kasi u masa sampai form 3. kalau u kurus saya bagi u rm300" mimpi la nak kurus. dah memang time kuat makan.

  • satu hari masa pembelajaran sains kene turun makmal. macam biasa bawak buku latihan panjang dan pencil box. mesti nak buat xperimen punya masa tu. Tapi sebelum buat xperimen kene salin nota baru lah cikgu tu terangkan 1 per 1. Masa di makmal 1 meja boleh duduk 6 org. Masa aku bukak pencil box nak ambik pen tetiba sorg member aku nak pinjam pen. sorg lagi ruler sorg lagi pen lagi  dan seterusnya sampai xde benda yg boleh buat aku tulis. Ya tu namanya operasi terancang. Aku terdiam rasa macam nak nangis pon ada. tapi aku relax sampai cikgu datang dan Tanya. " kenapa awak x menulis?" "aku selamber je bagi tau. " semua org pinjam barang saya." Para peserta operasi dapat cash masa tu kene pumping. thanx kawan.

  • aku pernah beberapa kali tido di sekolah untuk ikut persatuan. Aktif juga dalam persatuan terutamanya PBSM dengan Seni Lukis. Pada waktu subuh 1 ketukan amat kuat dengan suara yg agak kurang ajar mengejutkan aku. Aku bangun nak sound je budak tu memandangkan aku cam suara tu. Aku bukak pintu org xde. So aku ingat budak ni main nyorok2. Aku pergi Tanya dia memang dia belum bangun waktu tu. Diam sekejap. tapi ok je lepas tu

  • Pernah sekali camping kat hutan. Semasa di dalam toilet aku bersembang dengan seorg kawan memandangkan aku Nampak dia masuk toilet sebelah. bile keluar toilet aku tgk toilet sebelah kosong. Aku pergi Tanya dia cakap memang dia belum masuk toilet lagi waktu tu. xpelah.... dah sementara ada yg sudi nak bersembang layankan aje lah heheheh

  • waktu pulang sekolah kadang2 mak aku datang ambik. mana yg dekat2 rumah biasanya aku ajak sekali memandangkan mak aku mesti ambik pakai kereta kalau ayah aku pakai motor. masa tu aku ajak classmate aku ni yg dekat betul dgn rumah. masa menunggu tu tiba2 dia Tanya aku " apsal  hang nak buat baik lagi dgn aku ye? aku dah macam2 buat kat hg" aku terkedu. tak dapat nak cakap apa2. bagi aku dia xde masalah untuk tumpang aku. dan aku respect dgn pengakuan haramjadah dia yg dah banyak kali nak menjahanamkan aku atas dasar apa aku sendiri x pasti. Yg pasti lepas habis sekolah dia selalu kol aku untuk cerita masalah dia.... layan kan aje lahhhh

  • sewaktu umur 16 aku dah start bawak motor ke sekolah. tiap hari aku akan ambik sorg member untuk sama2 ke sekolah. 1 pagi lbh kurang 1km nak sampai sekolah motor pancit.  member aku turun dari motor dan berkata" dah lambat dah ni aku pegi dulu lah"  aku diam x kata apa2. terus tolak motor sampai sekolah dan call bapak aku untuk repair tayar.

  • masa SPM aku pernah ditahan oleh cikgu disiplin kerana bawak kereta laju dan hampir melanggar cikgu sekolah lain yg jadi pegawai peperiksaan.

  • masa SPM juga waktu kertas Acc aku keluar dengan beberapa org kawan pergi makan roti canai dan minum teh di kedai mamak luar sekolah.
Tu antara babak2 tragis yg pernah jadi kat aku masa disekolah dulu. Habis je sekolah biasala reunion tu lah reunion ni lah mampos 1 pon aku x berminat nak pegi. Aku pernah pegi sekolah lama tu balik 2 kali tu pon sebab amik result dan jumpa sorg cikgu ni. masa habis sekolah sedih jugak aku nak tinggalkan bangunan sekolah tu. tapi aku bersyukur dapat berpisah dari aura2 negative yg pernah buat aku trauma dan sedih. Sekarang ni aku rajin lalu tepi sekolah untuk tgk bangunan sekolah yg banyak mengajar aku bukan sekadar subjek math, sc,bm, bi, ag, ea, tapi erti kemanusiaan......

No comments:

Post a Comment