JellyPages.com

komli

Friday, 13 September 2013

Internet oh Internet




Assalamualaikum
      Lama jugak aku x update blog gara2 System TmNet yg maha lembab dari segi pengurusan. Aku just nak pindahkan internet ke rumah aku dari rumah mak aku. 8bulan lepas dah isi boring sampai la x de pecite. Pegi balik ke TM, pihak TM Tanya balik aku isi borang kat mana. Xkanla kat tepi pantai ofkoz lah kat Tm gak.... apa da.... pastu bagi lagi borang suruh isi lagi. Aku sound je la.... "hai... isi lagi?" minah tu diam jerk.... aku pon mood malas nak memekak aku isi je lah. memandang aku pon tak bawak salinan borang yg telah diisi kire aku pon ada cuai jgklah.... dh 8 bln lepas maybe dah kena bakar kot salinan tu....
       Lama x lama action seterusnya dalam 2 hari TM call aku boleh pasang moderm dan jgn tutup dalam masa yg terdekat diorg akan masukkan line. Lama x lama jugak 4 hari dh pasang mampos xde line.... aku call pihak TM. Then suruh aku bukak laptop nak detect masalah. Step by step tekan tu tekan ni. butang yg xde pon dia suruh cari lama2 aku perasan dia dah start bersuara high vol. Aku pon agak panas sebab benda yg ko suruh tekan memang xde la. Aku pas kat Lin baru dia cakap elok sikit. Step by step sama gak apa yg dia nak memang xde. Last2 minah tu decide untuk hantar report.
      Memang x lama 1 hari lepas tu kontraktor kerosakan datang. Periksa sana periksa sini rupa2nya bukan rosak ke hape kontraktor tu cakap sebenarnya line belum masuk. Mau x mcm anjing gile aku dibuatnya. Nasib baik kontraktor tu baik. So diorg janji akan fix esok paginya memandang waktu hujan kilat. Aku lega sikit sementara tunggu esok.
       So Pagi2 line dah masuk dengan jayanya. So aku kerugian beberapa hari dengan bayaran bulanan tetap RM130. Terima kasih TM!
       Broadband dan maxis wifi  pulak  x payah cerita. 1/2 hari after refresh anak2 sedara aku balun dah habis quota. So dengan taktik masa buat filem jamesbond dulu Berjaya, tiap kali anak2 sedara datang aku akan hilangkan benda2 ni. Taktik yg berkesan dan terkesan dihati. Aku kena ada bende2 ni sewaktu berada diluar. Mcm mana pun Quota yg limited ni ibarat makan Maggie dihujung bulan sementara tunggu gaji. Nak tunggu dia refresh macam nak mati lambatnye selalu nya beli jugak extra quota.
       Tapi sekarang mcm rilex sikit. Benda2 ni dah tahap pembaziran pon ada sebab mana2 pegi dah ada wifi free. Jarang pakai nak tutup acc terikat plak dengan kontrak. so tunggu je lah.....So berjimat cermatlah waktu sekarang yg dah banyak wifi free ....senyummmmm

No comments:

Post a Comment