JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Friday 30 August 2013

Merdeka Merdeka Merdeka

Assalamualaikum

Disaat begini mungkin ribuan yg menulis pasal merdeka. So.... aku pon x nak tertinggal.

Logo 2013
 
Malaysia Berdaulat Tanah Tumpah Darahku. Ia! susah payah tok nenek moyang kita mengharungi zaman penjajahan  untuk sampai kemerdekaan.
Hari Kemerdekaan
  • Hayati sejenak erti kemerdekaan
  • mcm2 cara ada. tgk cerita pasal perang pon boleh mcm Bukit Kepong
  • boleh lawat tpt sejarah mcm Tugu Negara
  • boleh balik kg dgr tok nenek cerita
  • boleh tgk/join perarakan sempena merdeka
Mengikut cerita ayah aku beliau masih lagi masuk hutan untuk berperang kerana sisa2 komunis masih ramai di Sarawak waktu itu sekitar penghujung 1960an. Aku suka dengar beliau bercerita kerana beliau pon memang hobinya bercerita. Waktu itu beliau bertugas sebagai polis hutan.
 
            Banyak cerita yg buat aku menung lepas tu. Antaranya sarjan beliau yg kena tembak depan mata. Beliau menangis tetapi semangatnya terus membara.
 
            Kalau aku renung muka ayah aku lama2 aku pon boleh menangis(tapi dalam hati je la.....) cara dia bercerita tu penuh semangat. kalau aku kat tpt dia dah lama aku kebumikan diri sendiri.... hahahahha
 
            walaupun sekarang dah xde penjajah tapi macam biasa keluar kat paper minda kita masih dijajah. t's so true. renung kembali. cara kita yg konon open minded ikut style barat. Xperlu aku huraikan di sini 1 per 1. aku juga dah terjajah dan sedaya upaya mermerdekakan diri sendiri.
 
           x senang untuk mermedekakan diri sendiri sebenarnya. Sebab apa yg dikatakan 'penjahan minda' itu jauh lebih seronok dr berusaha utk merdeka. Aku selalu ingatkan diri sendiri 'back to basic'. itu saje ubat yg kena ambik untuk jangka masa seumur hidup untuk penjajahan minda ni.
 
            Hargai kemerdekaan dengan sebaik mungkin dan waras. Semoga diri kita keluar dari kotak jajahan juga. Sambutlah hari kemerdekaan dgn penuh keinsafan. Merdeka! merdeka! merdeka!
Moment Yg Tiada nilai

Nyawa sebagai ganti untuk mencapai kemerdekaan

Berusaha mengekalkan supaya kita dan keturunan kita x akan dijajah lagi sampai bila2.
Jgn rampas senyuman itu. (aku n sepupu2 yg disayangi 20 thn lepas)

Thursday 29 August 2013

Masalah Ekonomi

Masalah ekonomi. Setiap manusia pasti ada masalah ni. kecuali org kaya? Org kaya pon pening jugak klu pasal ekonomi ni. cth masalah mereka ialah, bagaimana untuk menjana ekonomi lbh lagi atau pun mengekal kekayaan. Dah ada duit kene piker jgk nak maintain.

                Lupakan sebentar perihal org kaya. mcm mn dengan org yg x kaya? mcm aku la.... lihat pada status aku. aku tak keje. tapi aku tak perlu piker nak bayar apa2. dlm pada masa yg sama aku punya keinginan untuk memiliki sidia. tetiba kan..... memiliki sesuatu yg aku suka. cth plg buta babydoll.... pengsan x? klu aku mintak dgn laki aku mesti aku dapat tanpa memikirkan dtg mananya duit secara membabi buta cuma ku tahu aku inginkan babydoll.....babydoll oh babydoll..... babydolllllllll..... jeritan pulau puaka.
kelihatan kejam menjerit babydoll didepan kedai gift biasanya yg jual menatang ni.

               Turut kelihatan amat dasyat kepada sang pembeli babydoll utk peminat babydoll. x rasa apa2 ke peminat babydoll? ye..... sgt terasa. stop niat utk menjerit babydoll. insafi diri. saving la sendiri. bukan senang nak cari duit. cari gadoh je plg senang. ingat org yg x makan ramai atas dunia ni.....

              cth babydoll kurang memberansangkan kot. cth lagi satu.....langsung xde duit. tapi boleh makan lg. aku meletakkan watak utamanya aku di sini. Ada duit berbelanja sampai habis. Sama ada keperluan atau pon kenafsuan. Duit dh habis x payah nak menggeletar. cuma boleh menyesal supaya next time x buat lg. ingat.... ramai yg kebuluran atas bumi ni yg kaya ni......

               Simpan la duit untuk kecemasan. itu sgt penting. bila btul2 ssh, payah nak cari org tlg kita, beli boleh beli.... tapi yg simpan tu wajib.  

Apesal Kesal Sesal

kadang2 kita lambat menyesal dengan kesalahan kita. Sengaja melambatkan kerana ego ataupun sukar mengenalpasti kesalahan sendiri atau..... memang otak dah cacat. tu tak bleh tolonglah....
               
                 kalau kena kat batang hidung aku selalunya atas alasan ego. Ego yg tetibe melancarkan roket ke planet pluto. Sape x salah dalam dunia ni? kucing pon berak tengah jalan. kalau org yg berak tgh jalan? ...tapi sukar nk mengaku. pada yg senang mengaku bolehlah amik anugerah kat AJL mulai thn depan.

                 Apa aku buat? buat bodoh? cari masa yg sesuai, resapkan naluri dgn penoh menyesalan. menung2 kejap Dah tu sekolahkan kepala otak ni balik. hantar otak saje untuk pergi sekolah. cakap sorg2 dengan nasihat yg agak keras dan jgn maki diri sendiri.

                 sudah menyesal gaharu pula. susah pulak nak mintak maaf. segan lah konon. buat la baik menunjukkan kebaikan tu sebagai tanda meminta maaf. bile semua kembali normal bolehlah mntak maaf secara lisan. sape yg gagal ujian lisan pon boleh cube buat. cth: oklah gua mintak maap la erk. gua mmg x sengaja tertendang kepala lu. lain kali klu gua sengaja baru gua ckp ok?

                 

Tuesday 27 August 2013

Sambal Taon@Sambal Tahun Kerang

Assalamualaikum.
 hi kawan kawan.... kawan kawan sehat x hari? diharapkan semuuaaaa ok. macam tagline masa aku join AF18  dulu..... tapi masa tu aku tarik diri pada minggu ke 5. Mmg aku ranking no 1 je.... x sampai hati tgk yg lain tarik beg. So aku keluarla bagi peluang pada yg lain. Xde bende sgt menyanyi ni. banyak lagi tanggungjawab lain untuk aku. contoh: merapu
 
Layan je kan baca statement palsu ni. Untuk mengelakkan amarah bangkit pegi la main galah panjang. tak pon meh masak.....
 
Ok hari ni aku nak tunjuk mcm masak SAMBAL TAON. Sambal Taon adalah resipi original org Jawa. Selama ni ramai gak org komen antaranya
 
" apsal masak jawa semua manis2?"
"tak makan la masak jawa. pelik2"
 
hahahah bak datang mulut banyak komplen ni. Mai tgk sambal taon mcm mana. antara sambal terhebat yg telah diiktiraf Guinness book of record .... akan datang la....
 
tanpa banyak merapu bahan2nya ialah
  • bawang putih-8 ulas
  • bawang merah-yang besar 3 biji
  • cili api kampong yg kecik2 tu-300gm
  • lengkuas-beli rm2
  • kerang bulu-1/2kg
  • santan-sebiji kelapa
  • ajinomoto-secukup rasa
  • garam-secukup rasa
  • minyak masak
x perlu diperkenalkan lagi

cili api kg ni pedas banget ok. setengah tu potong 2. setengah lagi x payah.

lengkuas tu potong gini
 
bawang putih

bawang merah

santan

kerang bulu. Kerang bulu? ok. kerang bulu ni mempunyai cengkerang yg berbulu. Kerang bulu yang dah siap buka boleh dibeli di Pantai Remis Jeram Selangor. Tempat lain aku tak tau. 1kg dalam rm17 ke rm18. Kerang bulu agak liat fizikalnya  dr kerang yg lain sesuai masak masakan yg prosesnya agak lama mcm rendang. Sambal taon pulak masak tak lama. tapi.....
ok. Panaskan minyak, masuk bawang putih, bawang merah, lengkuas dan cili. Rasa dengan tangan dulu minyak tu dah panas ke belum.

dah naik bau masuk kerang

2 minit kemudian boleh masuk santan, ajinomoto dan garam. kuatkan api sampai boleh bakar bulu2 kat muka.

sudah sampai ke kemuncak. boleh nyanyi lagu AF. menuju puncak gemilang cahaya.... boleh tutup api


Sambal Taon Kerang telah siap untuk memasuki era anak tekak
 
Sambal Taon Kerang
 
  • Tapi di atas: Sambal taon dikatakan semakin sedap setiap kali dipanaskan semula. Setiap kali dipanaskan hendaklah menambah santan ke dalam. Semakin lama Sambal Taon semakin pedas kerana cili mula memecah. Jadi kerang bulu adalah yg paling sesuai kerana x mudah hancur.
  • Sambal Taon boleh juga mengguna kan hati, jantung dan mempedal ayam untuk gantikan kerang.
  • Sebagai tambahan boleh memasukkan tauhu kering atau tempe. tetapi ia x sesuai untuk pemanasan seterusnya kerana 2 bahan ini cepat hancur dan basi.
  • sesuai makan bersama nasi. ketupat dan nasi impit
  • selamat mencuba
 


Emak gue yg terpaksa melayan kegilaan aku seumur hidupnya. Terima kasih kepada mak aku sebab beliau yg sediakan bahan dan masak. Aku? tinggal telan je....Mak aku original Banyumas Javanese. Yeahhh Proud to be Jowo.

Monday 26 August 2013

Sunday 25 August 2013

Restoran Hang Tuah

Assalamualaikum
                  Kami rappers yo yo yo kami rappers yo yo yo .... mari bersama sama 4U2C rentak irama sijantung hati. Tetiba je kan. Sape ingat lagu ni? bekas kumpulan rapper Ac Mizal n the geng dulu. ye..... mmg aku membesar dengan lagu ni. waktu lagu sedang mengalami zaman kemuncak aku berumur 10 thn. Boleh kata tgh jalan pon aku blh rap klu terdengar lagu ni. KRU pon dengar jgk. Tapi kurang havoc la bg aku masa tu.

Pembukaan cerita yg selalu xde kene mengene langsung.

                  So malam dh 2 hari aku dinner luar. location? Jln Jelapang. Kedai ni mmg peberet aku sekeluarga. Masakan Thailand.  Boleh kata hari hari aku makan kt sini. Jemu? jgn cakap la.... bukan takat jemu lagi tapi dh tahap maximum jemuran dah kering. So apa hal plak nak melantak hari2 kat sini kan? jawapan nya mudah saja. Boleh tahan sedap dan org kedai pon dah naik benci tgk muka aku. sehari x jumpa boleh mendatangkan ruam.
                 Hampir 3 minggu diorg tutup sbb cuti raya. Smlm baru start bukak. Tokeh mula meluahkan perasaan kt aku n Lin. Habis brg kene curi. Segala tong gas dan beberapa perkakas dapur lesap. Perkakas untuk letak buah2an untuk air pon leboh kata org Perak. Waaubagaimana pon Alhamdulillah 2 hari ni kasteme mereka memberansangkan ramainye.

                 So semalam punya menu nak capture bateri kong. Xpe. aku akan update setiap menu yg berlainan. Hari ni makan simple je sebab perut yg x berapa nak best berangin2 gitu.

kaunter restoran yg berkonsepkan Bali modern dan Inggeris.
 
Epal+limau nipis. kureng.... memang nak kene bambu budak buat air nih

teh ais. sedap. plg terror mamat bancuh air tu buat air ni la...
 

Nasi Goreng ala Thai. Presentation selaras dengan rasa. Sedap.
 

Nasi Goreng Ikan Rebus. Lin cakap ok. Maafin gue yah temen2.
gue ga biasa makan ikan rebus. nanti bisa jatuh tuh susuk gue. mati la...

udang goreng tepung. my peberet....
 
Mr Chef. Nama beliau Pak Mud. So hari ni dia just nak show off dia balik Thailand kelmarin dah beli hs baru. sambil2 tunjuk gambo raya kat sana. Ia... layankan aje. hormati org yg lebih tua. ahaksss...
 
Sepanjang Jalan Jelapang hingga ke Chemor kedai makan Thailand ni agak banyak la jgk. Ada 12 restoran dari Mydin Meru Raya sampai ke Pekan chemor yg x sampai pon 10km. Dlm 8km lbh krg gitu. Dah sampai Pekan chemor aku x kira. kalkulator rosak. Kebanyakan boleh tahan sedap. Termasuk Restoran Hang tuah ni. Yg separa sedap dan x sedap langsung pon ada. So???? ok later aku update menu lain.
 

Saturday 24 August 2013

Ayam Masak Pedas 2jam stgh

Assalamualaikum.....
 
                 Hari ni macam ada roh2 kerajinan meresap ke dalam minda untuk memasak. Hal ini disebabkan 2-3 hari ni makan kat luar boleh kata semua failed. Aku nak letak jgk review kat blog pasal makan kat luar ni tapi mcm x sampai hati. Ntah lah.... tiba2 hati plak x sampai. Rasa mcm pelik. Hati x sampai mana?
              Hal ini juga ada berkait rapat dengan permintaan sang suami aka Lin. Dari sebelum bulan puasa suruh aku masak ni. x suruh direct la.... bagi hint je....
                 "eh.... dah lama kan u x masak ayam pedas tu.... tapi kesian plak u letih" tu jerrrr ayat Nye....  aku plak hati kering buat bodoooo jerk... hati kering? kena iron ke?
                kalau ikut bengong aku naik lupa aku tgh taip pasal resipi. ok bahan2nya yg tentu kena bahan ialah.....

Bahan A:
  • cili kering
  • bawang putih
  • bawah merah
Potong cili kering basuh dan rebus. Tos kan ia kemudian dikisar bersama bawang putih dan bawah merah yg telah dikupas kulitnya. kalau malas kupas boleh lenyek dengan kereta.
Bahan B:
  • bawang putih -10 ulas
  • bawang merah-4 biji besar potong 2
  • tomato kecil 5 biji-biji potong 2
  • asam keping-5 keping
  • cili kering Bote Sone Ma-5 sudu besar
  • cili api-20 btg
  • ayam -1 ekor potong 12
  • garam-1 kg. 1kg? x payah la.... cukup rase je dah
  • ajinomoto-secukup rasa jugak.
  • air-setempayan
  • minyak masak-cukup untuk bako rumah jiran sebelah

  • adakah anda kenal mereka? ye sudah pasti. klu tak kenal boleh terjun dr KLCC tingkat 104

    cili kering kering BOTE SONE MA view depan

    cili kering BOTE SONE MA view belakang

    Ada logo halal okeh.
    ok. penjelasan utk bahan ini. Cili kering ini adalah gabungan Stacy dan adam bergabung tersandung. Cili kering ini juga adalah mix dari cabai besar dan juga cili geronong. contoh cili goronong di bawah. Kat semenanjung aku jarang jumpa benda alah ni. Tapi kat Sarawak bersepah. cili geronong ni rasanye lagi sedap kot tambah2 dibuat jeruk. Orang Sarawak suka buat jeruk cili geronong ni. Maaf.... artikel ditaip secara luar kawalan minda sehat. kembali kepada cili kering Bote Sone Ma ni boleh didapati di kedai runcit Myanmar yg ada kt Malaysia ni. Masak apa saje pakai ni memang best kepedasannya. Jangan pulak kukus kek pakai ni plak ok. Harga peket beso rm5 jer. Peket kecik rm3.50. dan aku x jual ok.
    cili geronong cilok google image.


    Asam keping/gelugor
     

    ayam yg disembelih halal

    ini minyak tau. minyak untuk masak. perlukan penjelasan?
    arghhhhhh
     


    Ok. Panas kan minyak. Masuk kan bawang putih, bawang merah, asam keping, tomato. Goreng punya goreng sampai keluar bau. Masuk cili Bote Sone Ma diikuti ayam. So dalam 3 minit masuk pulak bahan A tanpa rasa bersalah. Gaul rata. X payah guna steamroll untuk ratakannya. cukup pakai sudip. Dah rata? masukkan air. Macam ni


    Saat-saat yg amat touching pertemuan antara bawang putih, bawang merah,asam keping, tomato dan minyak dipentas kuali.


    Tetiba cili kering BSM dan ayam membuat kejutan pentas.

    Bahan A dan air adalah untuk menenangkan para bahan lain. saat ini biarkan je moment ni berlarutan dalam 1jam gitu. Sambil tunggu tu boleh berkaroke lagu 60an sambil ber ago go. tak payah gaul sgt masakan tu. jenguk sekali sekala mana tau tetiba jadi kek kukus buah plak kan.
    After 20 minute....boleh dikatakan ini adalah proses merebus atau proses sebatikan segala bahan menjadi 1. Proses ni makan masa 1 jam jugaklah... Sampai ayam terlerai dr tulang.
     Dah sejam. ayam dah terlerai dr tulang. Apabila dah sampai ke tahap ini, masukkan setengah cawan minyak masak . Masukkan garam dan ajinomoto. kuatkan api. hendaklah dikacau hingga kering. tambah kredit 30-45 minit. Tak boleh beragogo di saat ini. Hanya moonwalk saje dibenarkan sambil mengacau masakan.
     
      Dah pun kering. Semua bahan2 dah bersatu. Bersatu kita teguh. Bercerai? jgn lupa bagi nafkah anak bini.
    tar tar tar tar tarrrraaaaa.....siap ayam masak pedas. ok. Sorry for my bad presentation.

    Bon bon Tarabon. Peneman masak sampai bosan.
    "apsal ko masak lama sgt? tau ke x ni" Bon bon memarahi aku tanpa rasa berdosa.
     
    Ayam Masak Pedas
    • Proses memasak mengambil masa 2 hingga 2jam setengah
    • Plis pakai kuali tebal yg kale hitam tu. Klu kuali nipis takut hangus.
    • boleh makan dengan nasi, ketupat, nasi impit, lemang dan roti.
    • dilarang keras makan bersama kek kukus buah buahan.
    • sesuai untuk yg gile pedas
    • boleh buang tulang yg terlerai bila dah siap masak. tak payahlah buang kalau suka makan tulang.
    • boleh tahan lama. lebih kurang 3 thn setengah kalau berani.
    • 1 ekor boleh makan 7-8 org. tapi klu kat umah aku 4-5 org dah boleh settle sekali jalan dgn nasi seorg 3 pinggan.
    • pasangan ideal beliau bila makan bersama nasi ialah timun. more than enough.
    • selamat mencuba.
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     



    •  

    Thursday 22 August 2013

    Anjing Selamatkan Kucing

    Artikel ini disiarkan oleh Utusan Melayu bertarikh 22/8/2013. Congratz Mr Macy for a great job :)
     

    Anjing Selamatkan Nenek

    Berita ni dari Utusan Melayu bertarikh 21 Ogos 2013. Memang nenek tu terperangkap walaupun dah terjaga dari tidur. Kalau nenek tak dengar salakan anjing tu nenek pon terus dibuai mimpi dan mungkin terlena terus. syabas to Mr Dog.
     

    Wednesday 21 August 2013

    Kucing Galak

    Assalamualaikum

    Hari ni rasa macam lemau je otak setelah membaca tutorial membuat design template sendiri. Mcm susah je.... Tgk blog orang lain semua cun melecun buat sendiri. Blog aku? buruuukkk jee....  ala2 meraih simpati hahhahaa....

                    Okay.... ini utk org yg banyak bela kucing macam aku.

    Pokok Kucing Galak
     
    kucing galak adalah pokok herba yg hebat untuk kucing dan manusia. Tapi kita start dgn kucing dulu lah ye. Kucing sangat sensitive dengan bau pokok ini. Menurut sumber terdapat banyak kelebihan pada pokok ini pada kucing disamping menambahkan serat makanan dan melawaskan kencing. Selain itu ia dapat menghentikan pendarah. Kucing kalau sakit dalaman tak boleh nak bg tau kita kecuali kita memang Nampak keadaan dia sakit. Tuhan maha kaya turunkn kucing galak untuk mereka.
                          
    • Nama tempatan:Kucing galak
    • Nama saintifik: Acalypha Indica
    • Nama lain lain: Indian Copperleaf/IndianAcalypha
     
                So kucing galak ni amatlah mudah didapati. Ia tumbuh meliar dan juga boleh didapati di dalam semak samun.  Mula2 aku tau pasal kucing galak sewaktu ayah aku membersihkan kawasan kantin. Ada yg dia tebang pokok, mesin rumput dan cabut rumput. Tetiba salah seekor kucing aku baeeekkkk punya berguling2 atas satu pokok ni yang ayah aku cabut. Sampai aku tarik pokok tu nak tgk dia x lepas. Searching kt google baru tau nama dia kucing galak dan khasiatnya yg bagus.
     
                Cara nak mengenalnya juga sgt unik. Selain dahan untuk para daun, terdapat juga dahan yg ditumbuhi sesuatu macam mangkuk tapi comel2 gitu. tersusun rapi dan kecil. Tapi mangkuk ni pon kategori daun la jugak.
     
                 Bila kucing dapat pokok ni reaction dia cium2 dan gesel ke akarnya. Sebelum bagi basuh dulu sebab ada Tanah yg melekat di akar tu takut x hadam dalam perut. Aksi2 seterusnya dah macam horny gilerrrr.... try la klu x caye. Akar tu kucing akan makan sambil menggosok2 ke gigi. Air liur sebaldi yg keluar. Lepas guling2 lagi macam filem Hindustan dah penat berguling makan daun plak. so perkara ni akan berlangsung hingga 15-20 minit gitu. Dia berhenti sebab kepenatan aku rasa. Rehat sekejap sikucing boleh sambung balik shooting dengan kucing galak selagi dahan kucing galak belum botak.
     
                 lepastu? apa jadi? Kucing2 aku yg ptg tadi bergelek2 bersama kucing galak telah tidur senyenyak2 nya sampai sekarang 2:41am. Mungkin ia juga dapat memberi ketenangan jiwa dan menghapuskan stress. ingat kucing x stress ke???? habes???? ko je nak stress? heheheheh
     
                Untuk org pulak. Baru2 ni aku ada dengar2 jugak kucing galak telah pon dikomersialkan ala2 buat mcm teh misai kucing dan kopi tongkat ali tu la....
    Di sini ada antara penyakit dan kaedah rawatan yg menggunakan misai kucing yg aku cilok dari pelbagai sumber internet. aku belum try sebab belum lagi ada penyakit ni. Sape2 yg ada boleh je try sebab kucing2 semua sehat2 mengamalkan pokok ini.
    (aku kopi pes je yg bwh ni.... ngantuk gilerrr)
    1. Ambil akar@daun. Ambil salah 1.
    2. Bersihkan
    3. rebus hingga mendidih
    4. Sudah mendidih biarkan ia suam
    Rawatan untuk :

    • Ulser MulutGunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.

    • Penyakit KulitBasuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

    • Menguatkan Tenaga Batin dan Badan KuatAnda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)



                             
                           
     
                     
    kucing2 ku sedang bergalak2 bersama kucing galak


    Saje je suka berebut. Ada lagi sepokok kt blakang tu.

    wrestling anak beranak.

    Yeahhhh mari berguling bersama kucing galak.

    habis akar makan daun pulak.