JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Sunday 4 August 2013

Revolusi Tanaka

Assalamualaikum wbt, kepada semua warga fb, bedak tanaka ni ialah produk yg tidak berdaftar dgn kkm,ia ialah produk myanmar yg org myanmar sndri pun xbrp nak pakai,byk kami rampas dr stor kotor mereka. Tp dikalangan kita amik cream ni mcm mkn nasi. Berduyun2 guna smpi xfikir tntng kandungannya. Sewaktu sy bgtau seorang pnjual ni, apa yg dia jwb?xbdftar?eh ni tanaka, nora danish pakai.subhanallah,smpi ke tahap tu cetek ilmu,xfikir lgsg gmbr itu adalah gmbr edit. Sungguh mudah kita ditipu oleh org. Ada byk lg produk tipu terutamanya figure up, yg disahkan megndungi racun. Amiklah tahu ttg apa yg anda mkn atau guna,jgn jd manusia yg mudah ditipu.kesemua produk ni dirampas dan didakwa di mahkamah. Berjaga2..anda boleh tnya pihak frmasi sblm menggunakan sesuatu produk.testimoni ialah salah satu cara penipuan...semoga kita lbh berakal dlm memilih brg yg kita beli.(Sumber Fb) 

        Salam.
Baru x baru Malaysia dikejutkan budaya bertanaka. Tanaka sana tanaka sini. Tanaka juga menghujani page2 kecantikan dan inbox msg yg kebanyakannya menawarkan tanaka yg jauh lebih murah. Pasar malam pon ada jual tanaka. Ini ekoran seorang artis pemes yg menjual produk tanaka ni.

              Produk yg berasal dr Myanmar ini merupakan produk kecantikan yg berupa bedak sejuk. Bahan utama yg digunakan ialah dari pokok tanaka dan limau. Pokok tanaka ni special sebab dikatakan hanya terdapat di Myanmar sahaja. Pokok tanaka ini dikatakan mampu menyejukkan, melicinkan dan memutihkan kulit.

                               Makcik dan pokok tanaka

       

           Ini bukanlah kali pertama tanaka diperkenalkan sebenarnya. Brand bio-essence juga pernah mengeluarkan produk berasaskan tanaka dalam tahun 2010 ke 2011 aku pon x ingat sgt. Yang aku ingat model dia seorang artis jgk yg berlakon cerita bersiri sebagai pramugari x lama dulu.


                    Tanaka yg sekarang ni tgh meletop letop ni jugak dah lama bertapak kat Malaysia ni. Kurang lebih 10 thn dah. mana aku tau? Aku ada pengalaman pakai dan jual tanaka ni hamper 7 thn. Tanaka bukan sejenis je. Ada lbh kurang 3-4 jenis. Bagi yg rajin tanaka akan diproses sendiri apabila nak digunaan. Caranya potongan pokok tanaka seperti yg makcik gambar di atas ni jual di tenyehkan ke permukaan sepeti pinggan yg diperbuat dr Tanah liat. Bubuh sedikit air dan terus pakai.

                    Tanaka juga tersangat berkesan bagi yg ada resdung dan kulit berminyak. Aku x pakai hari2 sebab malas. Tapi bila aku didatangi jerawat dan gatal2 aku akan pakai 2-3 kali 1 malam. Jerawat akan terus kecut disamping sejukkkkk je pakai kat muka. Specialnya kita boleh apply kat baby yg agak2 nak demam or ada gatal2.

                    Tapi aku xla jadi kaya pon sebab jual tanaka ni. Aku juga jual direct bukan online. Dan x serius pon. Tu pon sebab Lin a.k.a laki aku yg jual. Harga pon tersangat murah iaitu rm5. Memang aku terkejut dgn tanaka yg ada di pasaran skang yg mencecah 7 kali ganda. Fuhhhhhhh ...... no comment.

                    Bahana harga yg mendadak itu juga telah menyebabkan pengeluar menaikkan harga 2 kali ganda. Bagi customer yg dah biasa pakai mcm mn pun dia tetap beli. Aku yg jual pon mcm ada serba salah. Walaupun dah naik harga, masih murah lagi klu nak compare yg ada kt pasaran. Harga sekarang rm9. Dan stock dikatakan dibekukan atas sebab2 x berdaftar dgn KMM. Lihat saje bahananye kepada peniaga2 kecil.

                    Statement pada gambar yg pertama di atas tu aku cilok dr fb yg ramai sgt share. So nasihat aku pada yg makan tanaka yg menggantikan nasi eloklah menggabungkan tanaka dan nasi untuk dimakan. hahahahhahahaha...... jgn buat pulak pengsan. Macam mn plak boleh ko cakap tanaka ni pon org Myanmar sendiri pon xberapa nak pakai? klu bukan sebab rakyat Myanmar ni datang bekerja kat Malaysia xde lah benda alah ni nak ikut ye dak? Kesimpulan yg dpt aku buat betapa x dapat berpisahnya rakyat Myanmar dan tanaka ibarat lagu dangdut dan penyanyi dangdut......adehhhhh sebab: Tanaka akan disapukan kepada kanak2 di Myanmar seawal bayi.  Bila musim panas tiba di Myanmar sama ada perempuan mahu pun laki akan menjadi tanaka sebagai bahan yg melindungi kulit mereka.
        
                  So lepas ni sape yg jual hati2 lah yer. takut2 sampai ke mahkamah jualan tu nanti. Pada yg baru nak pakai silalah rujuk kepada farmasi terlebih dahulu biar ahli farmasi terkebil2 membaca tulisan Myanmar tu. Sebagai penutup majlis aku hidangkan beberapa keping gambar insan2 yg beposing bersama tanaka yg creative. selamat menikmati




Cute x kakTon?

No comments:

Post a Comment