JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Wednesday 21 August 2013

Kucing Galak

Assalamualaikum

Hari ni rasa macam lemau je otak setelah membaca tutorial membuat design template sendiri. Mcm susah je.... Tgk blog orang lain semua cun melecun buat sendiri. Blog aku? buruuukkk jee....  ala2 meraih simpati hahhahaa....

                Okay.... ini utk org yg banyak bela kucing macam aku.

Pokok Kucing Galak
 
kucing galak adalah pokok herba yg hebat untuk kucing dan manusia. Tapi kita start dgn kucing dulu lah ye. Kucing sangat sensitive dengan bau pokok ini. Menurut sumber terdapat banyak kelebihan pada pokok ini pada kucing disamping menambahkan serat makanan dan melawaskan kencing. Selain itu ia dapat menghentikan pendarah. Kucing kalau sakit dalaman tak boleh nak bg tau kita kecuali kita memang Nampak keadaan dia sakit. Tuhan maha kaya turunkn kucing galak untuk mereka.
                      
  • Nama tempatan:Kucing galak
  • Nama saintifik: Acalypha Indica
  • Nama lain lain: Indian Copperleaf/IndianAcalypha
 
            So kucing galak ni amatlah mudah didapati. Ia tumbuh meliar dan juga boleh didapati di dalam semak samun.  Mula2 aku tau pasal kucing galak sewaktu ayah aku membersihkan kawasan kantin. Ada yg dia tebang pokok, mesin rumput dan cabut rumput. Tetiba salah seekor kucing aku baeeekkkk punya berguling2 atas satu pokok ni yang ayah aku cabut. Sampai aku tarik pokok tu nak tgk dia x lepas. Searching kt google baru tau nama dia kucing galak dan khasiatnya yg bagus.
 
            Cara nak mengenalnya juga sgt unik. Selain dahan untuk para daun, terdapat juga dahan yg ditumbuhi sesuatu macam mangkuk tapi comel2 gitu. tersusun rapi dan kecil. Tapi mangkuk ni pon kategori daun la jugak.
 
             Bila kucing dapat pokok ni reaction dia cium2 dan gesel ke akarnya. Sebelum bagi basuh dulu sebab ada Tanah yg melekat di akar tu takut x hadam dalam perut. Aksi2 seterusnya dah macam horny gilerrrr.... try la klu x caye. Akar tu kucing akan makan sambil menggosok2 ke gigi. Air liur sebaldi yg keluar. Lepas guling2 lagi macam filem Hindustan dah penat berguling makan daun plak. so perkara ni akan berlangsung hingga 15-20 minit gitu. Dia berhenti sebab kepenatan aku rasa. Rehat sekejap sikucing boleh sambung balik shooting dengan kucing galak selagi dahan kucing galak belum botak.
 
             lepastu? apa jadi? Kucing2 aku yg ptg tadi bergelek2 bersama kucing galak telah tidur senyenyak2 nya sampai sekarang 2:41am. Mungkin ia juga dapat memberi ketenangan jiwa dan menghapuskan stress. ingat kucing x stress ke???? habes???? ko je nak stress? heheheheh
 
            Untuk org pulak. Baru2 ni aku ada dengar2 jugak kucing galak telah pon dikomersialkan ala2 buat mcm teh misai kucing dan kopi tongkat ali tu la....
Di sini ada antara penyakit dan kaedah rawatan yg menggunakan misai kucing yg aku cilok dari pelbagai sumber internet. aku belum try sebab belum lagi ada penyakit ni. Sape2 yg ada boleh je try sebab kucing2 semua sehat2 mengamalkan pokok ini.
(aku kopi pes je yg bwh ni.... ngantuk gilerrr)
  1. Ambil akar@daun. Ambil salah 1.
  2. Bersihkan
  3. rebus hingga mendidih
  4. Sudah mendidih biarkan ia suam
Rawatan untuk :

  • Ulser MulutGunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.

  • Penyakit KulitBasuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

  • Menguatkan Tenaga Batin dan Badan KuatAnda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)



                           
                       
 
                 
kucing2 ku sedang bergalak2 bersama kucing galak


Saje je suka berebut. Ada lagi sepokok kt blakang tu.

wrestling anak beranak.

Yeahhhh mari berguling bersama kucing galak.

habis akar makan daun pulak.
 

No comments:

Post a Comment