JellyPages.com

komli

Saturday, 24 August 2013

Ayam Masak Pedas 2jam stgh

Assalamualaikum.....
 
                 Hari ni macam ada roh2 kerajinan meresap ke dalam minda untuk memasak. Hal ini disebabkan 2-3 hari ni makan kat luar boleh kata semua failed. Aku nak letak jgk review kat blog pasal makan kat luar ni tapi mcm x sampai hati. Ntah lah.... tiba2 hati plak x sampai. Rasa mcm pelik. Hati x sampai mana?
              Hal ini juga ada berkait rapat dengan permintaan sang suami aka Lin. Dari sebelum bulan puasa suruh aku masak ni. x suruh direct la.... bagi hint je....
                 "eh.... dah lama kan u x masak ayam pedas tu.... tapi kesian plak u letih" tu jerrrr ayat Nye....  aku plak hati kering buat bodoooo jerk... hati kering? kena iron ke?
                kalau ikut bengong aku naik lupa aku tgh taip pasal resipi. ok bahan2nya yg tentu kena bahan ialah.....

Bahan A:
  • cili kering
  • bawang putih
  • bawah merah
Potong cili kering basuh dan rebus. Tos kan ia kemudian dikisar bersama bawang putih dan bawah merah yg telah dikupas kulitnya. kalau malas kupas boleh lenyek dengan kereta.
Bahan B:
  • bawang putih -10 ulas
  • bawang merah-4 biji besar potong 2
  • tomato kecil 5 biji-biji potong 2
  • asam keping-5 keping
  • cili kering Bote Sone Ma-5 sudu besar
  • cili api-20 btg
  • ayam -1 ekor potong 12
  • garam-1 kg. 1kg? x payah la.... cukup rase je dah
  • ajinomoto-secukup rasa jugak.
  • air-setempayan
  • minyak masak-cukup untuk bako rumah jiran sebelah

  • adakah anda kenal mereka? ye sudah pasti. klu tak kenal boleh terjun dr KLCC tingkat 104

    cili kering kering BOTE SONE MA view depan

    cili kering BOTE SONE MA view belakang

    Ada logo halal okeh.
    ok. penjelasan utk bahan ini. Cili kering ini adalah gabungan Stacy dan adam bergabung tersandung. Cili kering ini juga adalah mix dari cabai besar dan juga cili geronong. contoh cili goronong di bawah. Kat semenanjung aku jarang jumpa benda alah ni. Tapi kat Sarawak bersepah. cili geronong ni rasanye lagi sedap kot tambah2 dibuat jeruk. Orang Sarawak suka buat jeruk cili geronong ni. Maaf.... artikel ditaip secara luar kawalan minda sehat. kembali kepada cili kering Bote Sone Ma ni boleh didapati di kedai runcit Myanmar yg ada kt Malaysia ni. Masak apa saje pakai ni memang best kepedasannya. Jangan pulak kukus kek pakai ni plak ok. Harga peket beso rm5 jer. Peket kecik rm3.50. dan aku x jual ok.
    cili geronong cilok google image.


    Asam keping/gelugor
     

    ayam yg disembelih halal

    ini minyak tau. minyak untuk masak. perlukan penjelasan?
    arghhhhhh
     


    Ok. Panas kan minyak. Masuk kan bawang putih, bawang merah, asam keping, tomato. Goreng punya goreng sampai keluar bau. Masuk cili Bote Sone Ma diikuti ayam. So dalam 3 minit masuk pulak bahan A tanpa rasa bersalah. Gaul rata. X payah guna steamroll untuk ratakannya. cukup pakai sudip. Dah rata? masukkan air. Macam ni


    Saat-saat yg amat touching pertemuan antara bawang putih, bawang merah,asam keping, tomato dan minyak dipentas kuali.


    Tetiba cili kering BSM dan ayam membuat kejutan pentas.

    Bahan A dan air adalah untuk menenangkan para bahan lain. saat ini biarkan je moment ni berlarutan dalam 1jam gitu. Sambil tunggu tu boleh berkaroke lagu 60an sambil ber ago go. tak payah gaul sgt masakan tu. jenguk sekali sekala mana tau tetiba jadi kek kukus buah plak kan.
    After 20 minute....boleh dikatakan ini adalah proses merebus atau proses sebatikan segala bahan menjadi 1. Proses ni makan masa 1 jam jugaklah... Sampai ayam terlerai dr tulang.
     Dah sejam. ayam dah terlerai dr tulang. Apabila dah sampai ke tahap ini, masukkan setengah cawan minyak masak . Masukkan garam dan ajinomoto. kuatkan api. hendaklah dikacau hingga kering. tambah kredit 30-45 minit. Tak boleh beragogo di saat ini. Hanya moonwalk saje dibenarkan sambil mengacau masakan.
     
      Dah pun kering. Semua bahan2 dah bersatu. Bersatu kita teguh. Bercerai? jgn lupa bagi nafkah anak bini.
    tar tar tar tar tarrrraaaaa.....siap ayam masak pedas. ok. Sorry for my bad presentation.

    Bon bon Tarabon. Peneman masak sampai bosan.
    "apsal ko masak lama sgt? tau ke x ni" Bon bon memarahi aku tanpa rasa berdosa.
     
    Ayam Masak Pedas
    • Proses memasak mengambil masa 2 hingga 2jam setengah
    • Plis pakai kuali tebal yg kale hitam tu. Klu kuali nipis takut hangus.
    • boleh makan dengan nasi, ketupat, nasi impit, lemang dan roti.
    • dilarang keras makan bersama kek kukus buah buahan.
    • sesuai untuk yg gile pedas
    • boleh buang tulang yg terlerai bila dah siap masak. tak payahlah buang kalau suka makan tulang.
    • boleh tahan lama. lebih kurang 3 thn setengah kalau berani.
    • 1 ekor boleh makan 7-8 org. tapi klu kat umah aku 4-5 org dah boleh settle sekali jalan dgn nasi seorg 3 pinggan.
    • pasangan ideal beliau bila makan bersama nasi ialah timun. more than enough.
    • selamat mencuba.
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     



    •  

    No comments:

    Post a Comment