JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Sunday 11 August 2013

1 Hari Sebelum Raya.

Assalamualaikum.
            Sehari sebelum raya aku masih terhegeh2 di Ipoh. Mengemas apa yg patut. Menyapu sambil merenung anak kucing 2 ekor yg aku akan tinggalkan selama beberapa hari sebentar lagi. Aku dah siapkan tempat, makan dan minum dalam kandang. Selebihnya aku serah kepada Allah. Sebab siibu suka sgt memindah2 kn anak. kucing lain dah ada makcik sebelah yg sanggup tolong bagi makan. Itu 1-1 nya perasaan yg x lepas bila nak blk kg atau travel. kucing2 plak tau je bila nak kene tinggal. buat muka emo..... Adeh.....

             Belum raya pasu dh pecah 1 gara2 jiran sblh yg bertitle nenek. Cucu beliau x ramai mn. Tapi budak2 ni agak hyper. Pasu aku pecah, kucing2 aku ditembak masa tgh makan pakai pistol mainan diorg. Pokok cerry kesayangan aku di patah2 kannyer. Yang aku tau cucu jiran ni anak artis. Tapi aku peduli apa. Aku Nampak depan mata aku budak ni tembak kucing2 aku tgh makan terus aku sound je. Yang aku heran ramai je org dewasa dlm umah tu. Tapi x alert dgn perangai budak2 ni. Nak minta maaf???? jauh skali. Perlu ke aku bakar umah jiran aku ni?
      
            Pukul 5 ptg baru aku dan sidia gerak pulang ke kg. Perjalanan ke kg mengambil masa selembab-lembabnya 2 jam. Aku suka santai2 dlm perjalanan. Klu laju blh sejam stgh pon boleh sampai tapi darah tinggi aku terus naik. Perjalanan blk kg kali ini aku hanya mampu berdengkur sampai Bukit Tagar.

             Tapi kali ni memang aku salah masa. Patut aku balik 4.30pm tadi.

          "dah dekat mana ni?"
           "bukit Tagar"
           "br sampai Bukit Tagar? dah nak masuk azan dah ni...."
bapak aku call membebel psl apa lambat.
           Kami meneruskan perjalan sebab nak berenti kat kawasan tu x berapa berani. Mcm2 unsur yg mengurangkan keberanian kami disitu ditambah nak berbuka air mineral pon xde sebab aku bajet ngam2 sampai umah. Xpela.... dlm 20 mnt je lg blh sampai. Sampai je umah, agak terharu mak ayah menunggu untuk makan bersama.

           Habis berbuka terus solat. Tugas dah banyak menunggu dari ayah dan mak aku. Mcm tu lah anak tunggal. Kene buat semua perkara. Tapi yg buat aku pening kepala bilik aku yg amat2 mengecewakan dr segi kebersihan. Almaklum saje rumah tinggal. Setiap kali balik aku kene mop dan vacuum bilik tu. Bulu burung, peninggalan sang tikus dan pelbagai perkara lagi boleh didapati apabila aku balik ke situ.

           Habis tugas dalam pukul 2. Biasenya waktu2 begini utk aku main game dan menjeling2 laman social. Alangkah kuciwanya line internet mcm harem.
          
            Apa pun raya tahun ni sgt bermakna dengan kehadiran anak aku Thu Zar. Dilahirkan raya 2 minggu tahun lps. kali ni beliau dapat memakai baju kurung berbanding tahun lepas yg hanya dibedung.

            Selamat hr raya maaf zahir batin pada yg pernah view blog aku ni. Hayati kesalahan kita yg lepas pada org lain. Minta maaf pada semua org selagi mampu moga2 terkurang bebanan nak minta maaf kelak. Renungkan wajah mak ayah yg memungkinkan raya bersama yg terakhir. Buat ingatan bersama. Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

           

No comments:

Post a Comment