JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Monday 19 August 2013

Chimpeng

Assalamualaikum

Pada 15 august yg lepas genaplah 5 thn pemergian si Chimpeng.


Semadinya Chimpeng 1

 


semadinya Chimpeng 2

Chimpeng
Chimpeng
 
Chimpeng....
Parut itu terlalu besar untuk ku sorok
Parut itu terlalu dalam untuk sembuh
lalu ku biarkan saja luka itu terus membasah
ku tanggung saja kesakitannya biar menjadi tanda rinduku yg membara
 
Chimpeng....
Sepanjang pemergianmu tak pernah sekali Tuhan mengizinkan kau singgah biar pon lalu sebentar dalam mimpiku
Sungguh begitu aku redha walaupun ada waktu2nya diri ini terlalu memberontak untuk merenung matamu
Pon begitu Tuhan masih mengizinkan aku merasa kehadiranmu menjengukku biarpon terlihat kelibat ekormu sahaja.... Allahualam
 
Chimpeng....
Aku berdoa siang dan malam supaya kelak kita berjumpa lagi
Tak sabar untuk ku nantikan itu
Terlalu rindu untuk bermain main denganmu
Terlalu rindu untuk berjalan seiringan denganmu
terlalu rindu untuk seperti dulu
semuanya terlalu rindu
 
Chimpeng....
Tempatmu di hati tiada pengganti
kerana kau tak pernah ku gantikan
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kasihnya aku padamu yang aku sendiri tak dapat menghuraikannya
Sangat dalam
sangat tebal
 
Chimpeng....
terima kasih atas jasa2mu
terima kasih atas kasihmu padaku
terima kasih kerana sentiasa di sisiku
terima kasih kerana menjagaku
 
terima kasih kerana masih sudi menjengukku
 
chimpeng....
dikeheningan malam ini aku sangat merinduimu
ku tangisi ulangtahun pemergianmu dengan hati yg sgt luka
dengan rasa baru tadi kau meninggalkanmu
baru tadi ayah dan Lin semadikan dirimu
sakitnya sama Chimpeng....
 
Chimpeng....
bersemadilah dengan tenang bersama kakak dan anak saudaramu meninggalkan aku serentak pada tahun yg sama
aku di sini masih menjaga keturunan keturunanmu semampu aku
Semoga kita bertemu kembali dengan izinNya
 


Chimpeng adalah seekor anjing betina peliharaan aku yang sangat setia.  Menurut doctor yang merawat chimpeng sakit kerana diracun. Itu pon hanya spekulasi doctor kerajaan. aku tak mahu menuduh sesiapa biarlah yang meracun tanggung kelak. Lagi pon  doctor tak buat pon post mortem. Jadi aku anggap apa jua alasannya ini ajal si Chimpeng yang Allah dah tentukan. Tahun ini adalah tahun ke-5 Chimpeng meninggalkan aku. Sewaktu Chimpeng mati aku mengalami kemurungan teruk. Maaf, Aku tak dapat nak bercerita panjang akan hal ini kerana terlalu sebak. Cuma di sini aku nak share berbaiklah sesame makhluk. Dalam episode chimpeng aku dapat rasakan kasih sayang yang ikhlas dari seekor anjing kepada aku yang sangat dalam dan suci di mana nak dapatkan kasih sayang yang serupa dari manusia susah. Ikhlaskan kasih sayang terhadap semua makhluk. kelak terasa nikmatnya. Insyaallah....

No comments:

Post a Comment