JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Friday 2 August 2013

Mimmah

Assalamualaikum....
 Gambar di atas bernama Mimmmah. kucing yg tak perakui oleh tuannya. Alkesah pada 1 hr aku tgh sebok melayan bebudak yg beli jajan kat umah aku. Ada la kedai jajan kecik aku bukak kt umah aku ni. so tiap ptg ramai je bebudak serbu sebab aku bukak ptg je lepas aku balik dr tolong ayah aku dikantin.
         
           Petang tu dtg 1 budak ni aku pon xtau apa nama dia. "Acik blh x tlg jaga jap kucing saya ni?" erkkk serba salah sebab kucing tu masih bayi adehhhh area dlm 2 -3 bln gitu.... kucing kt rumah semua dah besau gedabak. aku takut kucing beliau dibuli oleh gengsterism kt umah aku ni. "acik sebok lah.... tgk ni.... bila masa acik nak jaga?" aku bagi alas an. dalam hati kesian tgk kucing tu. takut je kene gigit klu dia tinggal sini walau sekejap. Sibudak terus merayu pada yg kurang nak sudi. then dia blah gitu je....

           Dalam 1/2 jam anak jiran aku dtg. ingat nak beli jajan. "Cekta budak tu tinggal kucing dia kat sebelah umah ni" kurang asam punya budak. dia tinggal gitu jer.... sebelah umah aku ni masih kosong x berpenghuni. Aku terus pegi tgk kucing tu. Aku ambik. obey sgt.      Kesian plak nengoknye.... budak tu letak situ memang dia x bergerak langsung. So kekurangan pilihan dalam membuat pilihan aku ambik. Dalam 3 hari, budak yg tinggal kucing tu datang bersama kuncu-kuncunya. "knp kamu tinggal kucing tu kat situ? ambik lah balik. kesian dia. dia tunggu kamu tu.."

           Dia diam membisu. Macam memikirkan jawapan utk soalan PMR 2011 kertas 2 matematik. krik krik krik krik.....bunyi cengkerik.... "acik mak dia tak bagi bawa balik" kuncu kuncu boss tlg jawap bg pihak boss. "oh .... habis tu? tinggal gitu je? tak baik tau buat mcm ni" hangen gak aku org tua budk ni x ajo ke kesian kt binatang :(.

          "mak dia cakap kucing ni suka berak" kuncu-kuncu terus mempayung boss yg kian tenat. " memang lah dia suka berak sebab dia ada bontot" aku jawap dgn nada hangin juge.... tapi bebudak plak gelak mcm nak terpengsan.

          Malas nak memenatkan diri sendiri aku bela jugak sikecik ni dan aku namakan dia Mimmah. Mimmah membesar dengan sehat sekali. Riang ria bersama kitket. cuma dia ada asma. Hobi Mimmah memanjat yg plg membuat aku seriau. Panjat pokok, panjat bumbung garage bapak aku yg tingginye mak ai.... dan panjat kepala aku. beliau juge dapat diterime oleh masyarakat kucing setempat. Syabas bête. apabila hamper ke peringkat remaja beliau sudah mula menunjukkan tanda2 peralihan ke kedewasaan yg amat drastik. keluar rumah tanpa notis. Main keluar ikut tingkap x macam dulu bukak pintu baru tau nak keluar.

          Para-para jantan sudah mula melepak di halaman rumah tanpa mempedulikan kata kata nista jiran. sentiasa memanggil-manggil siMimmah yg tak dapat dikawal lagi mindanya yg sudah tercemar dgn keseronokan social. Aku hanya mampu melihat. Tiap hari aku mesti periksa kutu dan benda tuttt beliau. sebab bercampo dengan kucing2 bukan belaan aku jd kene tgk selalu. kucing2 aku yg sedia ada 80% betina. So yg jantan2 ni biasanya kucing luar.

         Satu ptg aku balik Mimmah masih ada dirumah. Aku periksa lagi keadaannya. Damn!!!! Mimmah telah dicerobohi.... aku terpiker sesuatu. Mimmah sgt muda kalau terbunting pon! adehhhh.....

         X lama lps tu Mimmah disahkan mengandung berdasarkn moodnya yg mcm ala ala demam selalu tetapi masih aktif nak memanjat. Sepanjang bunting aku selalu pantau dia sebab dia masih sgt muda. Dan hati aku selalu rasa mcm rimas tgk keadaan dia. Tup2.... dia beranak awal.... bingo. Aku x tau dia beranak kat mana masa balik rumah ada something yg masih melekat antara uri atau dia keguguran. adehhh.... Aku dh lah seriau dgn dengan darah ni. so ptg tu aku x bagi dia keluar then esok aku pergi ke vet.

        Doktor sahkan dia gugur! Lain2 xde masalah. doctor inject antibiotic dan balik umah. Mimmah dh start meroyan aku notis. Dia boleh culik anak kucing aku dr ibu lain 3 ekor sekali sebab dia sgt yakin tu anak dia. Sedeh juga kenangkan nasib dia.

        X lama lepas tu dia habis pantang aku decide utk operate kasi kan dia. Jenuh juga aku pikirkan perkara ni. Aku ambil keputusan ni berdasarkan banyak perkara. salah satunya aku memang dah banyak kucing betina. setiap kali habis musim mengawan semua kucing akan bunting x tertinggal sekor pon. Plg sikit sekor akan beranak 4 ekor. Bila beranak anak kucing saje dekat 30 ekor. bukan soal bg makan. tapi dr segi penjagaan aku x mampu. kucing aku plak x boleh langsung dikandang. memang dah terbiasa bebas. Ada yg bawak anak ke rumah jiran. Ada yg makan anak. balik ptg aku kene kutip usus lah... mata lah.... yg sekor ni nama dia Teh. Teh sgt sensitive bila tgk anak dia sakit dia terus makan. Aku dah berdepan dia tgh makan live 3 kali. 3 kali jugak aku x dapat tidor. Paraiiiii. ada lagi sekor perangai suka kumpulkan anak dia dengan anak kucing yg lain. anak dia anak dia anak lain anak dia jugak. benda ni  mungkin Nampak kecik. tapi bila dh berhadapan baru tau mcm mn dia punya pening. Mimmah pulak memang ada asma. ada masa2 tertentu nafasnya mmg sgt kuat berbunyi.


            Satu ptg aku deal ngan doctor dtg umah aku operate sessi pertama 3 ekor kucing betina Kunted(R.I.P), Teh(Anak Kunted), Mimmah. untuk seekor Doktor akan charge rm80. Operation dijalankan x sampai pon sejam utk 3 ekor ni. Mcm azab juga tgk bile diberi ubat pelali. Mengalir air mata aku tgk terhempas-hempas mabuk kucing2 aku diberi ubat pelali. Mak ayah aku dah mcm student praktikal Tanya banyak soalan sambil menonton aksi doctor. Doktor pon sgt peramah orgnya. Doktor ni doctor vet kerajaan. So kira part time dialah bile dia buat kat luar. Lin plak lari x sanggup nak tgk. adehhhh....
kira2 12 jam br lah kucing2 aku ni bgn dr pengsan dlm mamai2 lagi.

          So Mimmah semakin sehat dan gemuk. 3 ekor yg dah dikasi ni semakin gemok dan malas. Yg penting tidak diburu oleh jantan2 perogol! aktiviti mereka lbh kepada tidur dan makan. dan ada sikit perangai ala2 anak kucing. playfull. kene beli kat diorg bulu2 ni semua utk layan diog main.

         bulan puasa tahun lepas nak dijadikan cerita satu hr Mimmah x balik. penyudahnya sampai 3 hr x balik. aku cari dah mcm og gile. mulalah aku start tertekan dan menuduh mcm2..... cari punya cari ayah aku jumpa kat garage beliau. mimmah x dapat turun dari bumbung. Ye kaki dah tempang. Esoknya pergi vet. Doktor dah sahkn kaki dia patah. Doktor cakap kena jaga betul2.jgn bagi dia panjat2. kalau boleh kurung dalam kandang! pengsan! Mimmah nak duduk dalam kandang adalah satu keajaiban. aku tau dia x kan mau. So aku decide kurung dalam rumah je. So esoknya raya. Aku mcm mn pon kena balik kg bawak Mimmah dan 2 anak kucing yg Lin baru je jumpa kat pasar. 2-2 hitam legam.Perjalanan ke Kg aku ambik masa 2jam. Ipoh -k.Selangor. Mimmah yg terpaksa aku kandang nak bawak ke kg x duduk diam dalam kereta. Aku lagi lah pening melayannya. 

          Sampai kg budak hitam 2 ekor tu sgt baik dgn persekitaran yg baru dan sgtttt playfull. Mimmah x hbs2 dengan moodynya. panggil pon x nak pandang. aku kurung budak2 ni kat store waktu siang dan malam br lepas kn kat dapur sebab siang ramai datang beraya Mimmah ni plak takut tgk org ramai dah mcm Nampak setan! Oh.... kucing2 yg di Ipoh aku dah pesan dekat makcik sebelah rumah untuk bagi makan dan isi air. Satu tong besar makanan kering dan beberapa paket wetfood untuk kucing jantan aku yg namanya kecik xblh makan dryfood sbb ada history batu karang. So tiap tahun memang begitu rutin makcik tu. adalah sedikit duit raya buat beliau sbb dah bantu aku.

        Back to the story ,  raya ke 3 Mimmah hilang! bangun pagi aku bukak pintu dapur nak bagi makan dan susukan budak2 hitam yg masih pakai bottle Mimmah dah xde. Tingkap kat store dh nganga! Damn!!!!! dah kluar lah tu!

       Cari punya cari x jumpa. Rumah kg lot2 begini banyak pokok2 lg menyeramkan. Aku, Lin  dan ayah gigih kluar masuk kebun kelapa sawit sebelah rumah. Masuk reban burung org belakang umah, Tanya jak2 umah. bukan org lain pon sepupu sepapat sebelah ayah. ayah gigih pegi jak2 umah sepupu beliau pesan kalau2 terjumpa. Sebab puteri kesayang beliau semakin murung setelah kehilang kucing kesayangannya ahakkkssss. Raya ke5 aku ptt balik Ipoh tapi Lin sebagai suami yg penyayang postpone raya ke6 sbb Mimmah blm jumpe!

            Raya ke6 aku terpaksa balik Ipoh juga tnpa Mimmah. Manakala ayah janji akan teruskan perjuangan mencari Mimmah. Namun ayah yg blk Ipoh raya ke 8 pon x dpt jumpa Mimmah.

             Raya 2 minggu aku ikut Lin ke Ampang kl atas sedikit urusan. Habis berurusan Lin yg membwa beberapa org kawannya sekali decide utk singgah kg. Sampai kg aku terus loncat dr kereta bukak rumah terus solat. keluar rumah dan cari Mimmah. Lin pon masuk lg kebun kelapa sawit sebelah umah tu mana tau Mimmah tgh melepak atas pelepah kelapa sawit tu. 1/2 jam pencarian hampa. aku nangis semahu2 nya kat tepi jalan! instinct aku terdetik Mimmah ni dah kene makan ular kot! Lin pon mcm dh give up. Lin cakap Mimmah mungkin ada balik tapi rumah ni dh kosong. Lagi lah aku down! tapi ada benarnya jua kata2 mamat ni! tak lama lepas dtg sepupu aku. Dia cakap pernah Nampak Mimmah kat umah sepupu ayah aku lebih kurang 100 meter dr rumah aku tu. Mlm dh menjengah aku dh nak balik Ipoh. sblm balik Lin drive ke umah sepupu ayah aku! ye aku Nampak Mimmah. Aku turn dan kejar Mimmah. Mimmah lari. Aku kejar Lin plak x bagi aku! Sebab situ dah  hutan then 1 cahaya pon xde.  "kalau tu Mimmah u panggil mesti dia dtg.... ni gelap sgt! torchlight pon xde! I pon x berani nak masuk.... tu bukan Mimmah lah"

             Aku diam. Betul jugak. Mimmah akan dtg bila2 masa je aku panggil. Tapi ni kali kucing tu lari. Bukan Mimmah kot.... Balik Ipoh berbalut kehampaan lg....

            Sebulan kemudian ayah aku balik ke kg. Aku pesan kat dia membebel bebel mcm nenek tua sampai dia pening. cari Mimmah....cari Mimmah..... ptg ayah balik dgn membawa sejuta harapan dr aku..... Pagi2 ayah call. Puteri kesayangan plak blm bangun dr tpt beradu. "Mimmah dh jumpa. tapi bila ayah panggil  dia Mimmah dia lari. Mungkin dia nak ada Ita kot baru dia dtg!" 

          Damn!!!! dia memerlukan suara ajaib beta rupenyer. So beta kena packing balik kg! ahhhh laki beta plak xde di rumah. di manakah beliau???? excited terlebih. call Lin . lin cakap ptg sikit br  kitorg trus balik kg.

          Sampai kg agak lewat.  habis solat maghrib aku, Lin ayah terus pegi ke rumah sepupu beliau yg aku sendiri kurang kenal.  Yer Mimmah ada. Tapi kenapa aku panggil dia terus pecut 100m? pecut terus masuk ke bumbung umah sepupu ayah aku. Menurut anak2 sepupu ayah aku Mimmah  memang selalu di situ. sebab diorg memang ada mini market. mungkin senang dapat ikan dia pon selalu di situ. so mlm tu yg aku kejar waktu singgah dr kl tu pon memang beliau! x salah.....

           ada 1/2 jam tunggu Mimmah keluar dari bumbung syiling. tapi hampa. aku ajak ayah balik. Esok pagi  pagi buta dah  pegi kacau keharmonian  rumahtangga sepupu ayah aku tu. Mimmah tetap melarikan diri. Aku x tunggu lama. aku pesan kt anak sepupu ayah aku "dek ni bakul kalau adek dapat tangkap masukkan dalam bakul ni lepas tu ikat bakul ni dgn tali". sebab Mimmah sgt pakar keluar dr kandang waima kandang besi ye puan2.budak pompuan tu dlm 12 thn tgk muka aku pon pandai dia kesian! akak ni muka je brutal. dalam hati ada I- city :P . Pagi tu jugak aku balik Ipoh sebab Lin ada keje! ZZZzzzZZZzzz frust !!!!

            Sampai Ipoh aku hanya bermalas-malasan sebab dh habis mood. macam marah pon ade! knp Si mimmah xnak kat aku! Mcm2 lah dlm fikiran ni! satu msg masuk " akak kucing akak dah jumpa" bingo..... hahahahhahaha gile rasa nak loncat! aku call ayah. ayah cakap ontheway nak balik Ipoh. Mimmah  diserahkan sendiri oleh sepupu bapak aku bertemankan anaknya yg Berjaya menangkap Mimmah!!!! ayah pon bg lah duit jajan upah budak tu tangkap mimmah.... Alhamdulillah......

          Bila sampai aku terus peluk cium Mimmah dan bawak masuk rumah. Kaki Mimmah dah baik tapi kurus sgt..... Mimmah mmg awesome. masuk rumah terus ke dapur minum air tempat dia selalu minum :) Allamdulillah Terima kasih ya Allah. kisah ni bg aku sgt ajaib. Mimmah yg hilang sebulan Berjaya jumpa balik. So raya yg tinggal 6 hr ni Mimmah x ikut lagi. Cuma Bon Bon yg ikut balik sebab masih baru dalam family ni. Semoga bon Bon x ulangi kejadian tragis ni lagi. amin :)

           
           

        




No comments:

Post a Comment