JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Thursday 31 October 2013

Restoran Haji Yahya

 
 
Assalamualaikum
Sampai Ipoh hujan renyai2 jadi lebat. Aku ingat nak makan tepi sungai terus cancel. Jadi ke sini pon okay.
 
 
Menuju ke arah kekenyangan
 
air airan musim hujan
 
nasi lauk ikan dan rebung masak lemak
 
mee kicap
 
sup mee kicap
 
nasi goreng daging goreng kunyit
 
View dalam
 
puluhan lauk. pening nak pilih
 
lauk yang banyak menguji nafsu nafsi sang anak tekak
 
 
boleh kata semua Nampak selera adehhhh
 
mee kicap stall
 
ok dari luar gini ye.... kalau orang Ipoh dah kenal sangat sangat restoran ni
 
ok. total rm17.20. Walaupon kedai ni kiri kanan depan jalanraya, bersih! Lauk pauk tu boleh tahan rasanya. Mee kicap tu pulak sup dia memang superb la.... nasi goreng daging goreng kunyit je yang rasanya biase biase je. Dalam hujan dok tepi jalan makan.... sgt layan.... melayan perasaan yang perasan. hahahahha
selamat mencuba
lokasi
Ipoh Town 118057,
Persimpangan Jalan Dato Onn Jaafar,
 Pusat Bandaraya, Perak, 30300

Triple One Nine Kopitiam

Assalamualaikum
Semalam saje tukar angin ronda Sungai Siput. Tapi aku dengan Lin je lah. Kedai makan macam x banyak je. So singgah lah kat sini.
 
Triple One Nine Kopitiam

Air airan
 

Mee rebus

roti bakar telur goyang

Chicken Chop

Menu

Ruang masuk kedai

view luar
 
Dalam

View tempat duduk dalam
 
Ok. Total rm29.30. Tempat makan bersih dan ok. Makanan banyak yang xde dalam menu. Pilihan x berapa. Yang tertulis pulak banyak yang xde. Walaubagaimana pon chicken tu superb. Mee rebus pon ok tapi mangkuk kecik sangat. Next time mungkin boleh memperbanyakkan pilihan. Selamat mencuba
alamatnya
669 PERSIARAN MUHIBBAH JAYA 1,
TAMAN MUHIBBAH JAYA
31100 SUNGAI SIPUT(U)

Tuesday 29 October 2013

Parota Rich

Assalamualaikum
Hari ni makan kat umah sebab mak aku masak. Bila malam kian larut perutku kembali gundah gulana. So terpaksa keluar juga ngeteh untuk mententeramkan perut yang gundah gulana ini... puihhh
 
ngeteh kat Naina Restoran
 
Air airan
 
nan Naina
 
Tara..... ini yang dicari2....Parota Cheese rm5.90
 
Parota crispy rm4.90
 
gambo stall cilok fb
 

lindu ke same wa suta lame x entefleme... solli aaahhh manyak bz... tale mase mau layan kemele...
 
ok. Parota Rich ni bukak stall dekat Taman Meru Jalan Jelapang. Stallnya di dalam Restoran Naina. Sebelah restoran ada stesen minyak Caltex. Aku ingat 1 set sebiji. Jadi tertamak takut x cukup aku ode 2 set. kan x habis. Tapau lagi kat mak n ayah 2 set. berset2 lah jadinya. Berset set pon sedap. Memang sedap makan time panas gitu kene plak teh c Naina ni. Layan habis. Selamat Mencuba. Lokasi dah bagi ye kat atas. 

De' Bali

Assalamualaikum
Semalam nak makan satu tempat tu. Kali ni  dah sampai walaupun tersesat barat jugaklah. Tapi bile dah sampai tutup. Ape pon ada banyak lagi tempat lainkan.... so pilihan ke 2 di sini
 
Dah sampe pon

air airan

roti bakar

nugget

nasi goreng ikan rebus

nasi goreng cili api
 

nasi goreng ayam kunyit

daging goreng cili kering

ruang dalam

kecik dan kiut

kiut dan miut

romantik mr loba loba
 
ok. total rm27++ ke rm28++ macam tu lah. Boleh plak terlupakan sebab aku x pernah bayar bab bab makan ni hahahaha. Pada nama restoran yang ku dambakan adalah menu ala ala bali gitu. Tapi xde. Dekat Menu ada la ayam penyet dan penyet2 yang lain tertulis. Tapi bila nak ode xde. Xpe lah next time ade la kot ye. Makanan yang dah diode di atas sedap. Tapi roti bakar dan nugget ada masalah sikit. Tempat makan ok bersih dan cantik. Lokasinye dekat Taman Jati. Dari jalan besar masuk ke traffic light taman Jati tu terus belok ke kiri. Restoran ni dekat hujung perumahan gitu. Kalau traffic light tadi belok ke kanan hari Selasa dan Jumaat ada pasar malam situ. Selamat mencuba.

Saturday 26 October 2013

Golden East Western House (Red Cafe)

 
Assalamualaikum
Hari ni ikut Lin lagi ke Ipoh atas urusannya yang tak abes2. Dalam perjalanan tu dia sempat Tanya "kedai semalam yang u salah tu dah jumpa?" x sangka akak dia ingat peristiwa semalam yang memalukan akak.... hahahhaha  "dah.... " sikit je aku jawab. "dekat mana" "erk.... taman DR"
 
Tara.... sudai sampai kawan2 ....
 
Menu
 
air airan rm3.70.
 
Chicken Garlic Kebab rm14.50
 
 
Penne carbonara rm9

Chicken with butter rice rm7.50
 
suasana sekitar. kat tgh tu kaunter air
 
ok. total rm31+rm3.70 untuk air. Makan mak aiiii sedap! Lin pon cakap sedap dengan senang hati. Lin susah nak cakap sedap kat 1-1 makanan sebenarnya. Tempat ok open. Ok sebenarnya Red CafĂ© ni banyak stall. salah satunya Golden East Western House ni la. Ada yang lain2 macam mee kari stall, lempeng pisang stall pon ade tau. Next time datang mesti nak rasa lempeng pisang.... Lokasinya dekat dalam Taman DR. Atau Taman Dr. Seenivasagam. Masuk je taman dr terus je x sampai 1km boleh jumpa dah. Sape orang Ipoh x tau taman Dr boleh panjat gunung Lang then x payah turun dah ok. Sebenarnya aku yang blur. Bile tempat ni di inform "taman dr Ipoh" aku ingat "taman dari Ipoh" sebab ada mention lagi taman kanak kanak tu yang dengan berbesar hati aku pergi taman kanak kanak semalam. Sekian sebab dah malu! Selamat Mencuba ok.

Friday 25 October 2013

Gerai Nasi Goreng Udang

 
Assalamualaikum
Lepas maghrib Lin ajak ke Ipoh untuk urusan dia. Habis berurusan macam biasa dia Tanya nak makan mana. Aku dah setting baeeeek punya 1 tempat ni. So Lin pon drive ke situ. Sampai sana xde parking kenala  tawaf cari parking. Dah jumpa parking turun cari kedai. Cari kedai tak jumpa. Aku macam malu pon ada kat Lin. Takut plak bengang mamat ni ngan aku. "erkkkk.... bukan kat sini kot.... kita makan tempat lain la erk" masa cakap tu pon aku tak pandang sangat muka dia. Dia diam je.... So aku decide makan kat sini. lagi pon dah lama tak singgah sini.... adehhhhhh.......  
 
Entiti yang belum dikenal pasti paranormal herkkkk
GERAI NASI GRENG UDANG ok

air airan dah sampai

Nasi goreng udang. udang penoh ok. harga x silap rm10.++. tapi berbaloi....

nasi goreng udang jugak.... saje je buat banyak kali sebab gambar sikit hahahahahhaha

tengah makan hujan turun lari masuk dalam kedai

ada jual sate, mee kari lauk pauk dan lain2
 
Ok. total rm25.30. Makan ok kedai pon bersih. Semua yang meniaga melayu.
 
 Kedai kedai kat sini berasal dari deretan kedai di stesen keretapi dulu. Fuh.... kenangan mengusik jiwa tu. Bila tadi aku datang sini aku masih terasa di stesen keretapi Ipoh. Masa kecik ayah suka bawak aku dengan mak makan kat sini@stesen keretapi Ipoh. Lepas makan boleh tengok konsert kilat kasut yang ada kat taman depan stesen keretapi tu. Konsert kilat kasut yang hebat dia nyanyi dia yang buat bunyi drum dia juga yang buat bunyi gitar semua original pakai mulut. Selang seli bercerita kisah2 hidup beliau. Bila aku teringat dia aku sedih.  Perasaan kesian sangat menebal bila tgk sang penghibur ni. Di depannya dibentangkan sehelai kain untuk yang memberi sumbangan seikhlasnya. Apa pun aku dan penonton lain tetap terhibur. Zaman aku kecik memang xde android ke tab ke Ipad ke..... tapi ayah dan mak banyak mengisi kenangan masa kecik aku dengan erti kehidupan dan subjek rezeki.
 
Lokasinya kedai- kedai ni di hadapan Pusat Islam Ipoh, bersebelahan dengan BSN Jalan Panglima bukit Gantang Abdul wahab. sila datang dan cuba. Maaf mungkin teremosi sikit masa ni.