JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Tuesday 27 August 2013

Sambal Taon@Sambal Tahun Kerang

Assalamualaikum.
 hi kawan kawan.... kawan kawan sehat x hari? diharapkan semuuaaaa ok. macam tagline masa aku join AF18  dulu..... tapi masa tu aku tarik diri pada minggu ke 5. Mmg aku ranking no 1 je.... x sampai hati tgk yg lain tarik beg. So aku keluarla bagi peluang pada yg lain. Xde bende sgt menyanyi ni. banyak lagi tanggungjawab lain untuk aku. contoh: merapu
 
Layan je kan baca statement palsu ni. Untuk mengelakkan amarah bangkit pegi la main galah panjang. tak pon meh masak.....
 
Ok hari ni aku nak tunjuk mcm masak SAMBAL TAON. Sambal Taon adalah resipi original org Jawa. Selama ni ramai gak org komen antaranya
 
" apsal masak jawa semua manis2?"
"tak makan la masak jawa. pelik2"
 
hahahah bak datang mulut banyak komplen ni. Mai tgk sambal taon mcm mana. antara sambal terhebat yg telah diiktiraf Guinness book of record .... akan datang la....
 
tanpa banyak merapu bahan2nya ialah
  • bawang putih-8 ulas
  • bawang merah-yang besar 3 biji
  • cili api kampong yg kecik2 tu-300gm
  • lengkuas-beli rm2
  • kerang bulu-1/2kg
  • santan-sebiji kelapa
  • ajinomoto-secukup rasa
  • garam-secukup rasa
  • minyak masak
x perlu diperkenalkan lagi

cili api kg ni pedas banget ok. setengah tu potong 2. setengah lagi x payah.

lengkuas tu potong gini
 
bawang putih

bawang merah

santan

kerang bulu. Kerang bulu? ok. kerang bulu ni mempunyai cengkerang yg berbulu. Kerang bulu yang dah siap buka boleh dibeli di Pantai Remis Jeram Selangor. Tempat lain aku tak tau. 1kg dalam rm17 ke rm18. Kerang bulu agak liat fizikalnya  dr kerang yg lain sesuai masak masakan yg prosesnya agak lama mcm rendang. Sambal taon pulak masak tak lama. tapi.....
ok. Panaskan minyak, masuk bawang putih, bawang merah, lengkuas dan cili. Rasa dengan tangan dulu minyak tu dah panas ke belum.

dah naik bau masuk kerang

2 minit kemudian boleh masuk santan, ajinomoto dan garam. kuatkan api sampai boleh bakar bulu2 kat muka.

sudah sampai ke kemuncak. boleh nyanyi lagu AF. menuju puncak gemilang cahaya.... boleh tutup api


Sambal Taon Kerang telah siap untuk memasuki era anak tekak
 
Sambal Taon Kerang
 
  • Tapi di atas: Sambal taon dikatakan semakin sedap setiap kali dipanaskan semula. Setiap kali dipanaskan hendaklah menambah santan ke dalam. Semakin lama Sambal Taon semakin pedas kerana cili mula memecah. Jadi kerang bulu adalah yg paling sesuai kerana x mudah hancur.
  • Sambal Taon boleh juga mengguna kan hati, jantung dan mempedal ayam untuk gantikan kerang.
  • Sebagai tambahan boleh memasukkan tauhu kering atau tempe. tetapi ia x sesuai untuk pemanasan seterusnya kerana 2 bahan ini cepat hancur dan basi.
  • sesuai makan bersama nasi. ketupat dan nasi impit
  • selamat mencuba
 


Emak gue yg terpaksa melayan kegilaan aku seumur hidupnya. Terima kasih kepada mak aku sebab beliau yg sediakan bahan dan masak. Aku? tinggal telan je....Mak aku original Banyumas Javanese. Yeahhh Proud to be Jowo.

No comments:

Post a Comment