JellyPages.com

komli

Saturday, 3 August 2013

Penangan SiKendi Krash

Assalamualaikum
Image di atas adalah game yg sedang merasuk lalu menggila yg dikeluarkan oleh facebook.
aku sendiri x terkecuali tersampuk dengan game ni.

                 Saat pertama kali bertentang mata dengan game ni, aku rasa biasa je. X ubah seperti game2 lain. X Sampai nak install dekat tab pon. Biasanye aku peruntukan 2-3 jam main game sehari. hah? buang masa? huhuhuhuhuh ni pon salah satu terapi jiwa bhai..... biase2 je 2-3 jam tu....

               ke mana saje aku pergi ade je bunyi game ni. seolah2 dia adalah roh jahat yg sedang mengikuti gue hahahahaha nggak pakkk nggakkkk  gile!

                Mcm bosan pon ada sebab dh melambak game yg berbentuk begini. Dlm fb aku memang ada gamer di mana seada2 game dalam fb dia mesti main. Ekoran aku dulu terlalu taksub dengan game Farmville yg banyak menghabis duit sampai mak aku bising sekapal. So game Farmville kene banyak neighbours baru syok main. Sebab biasa social game banyak sgt cekadak request itu dan ini. Nak buat kandang kuda pon pakai paku sebatang kena mintak neighbours. Neighbours ni lah biasanya yg kita akan jumpa jgk di lain2 game. Neighbours dari Farmville adalah gamer plg setia dalam satu2 game. So deal dengan diorg pasal game mmg best.

              Berbalik kepada candy crush gile ni, aku dapat merasakan sesuatu bile jumpa kawan2 dan sepupu sepapat aku. Huhhhh candy crush x habis2..... Pernah 1 hari Lin pegi kedai dan balik bising2. "u main apa dekat fb? tadi ada org Tanya I siapa main game I pon tak tau nama game tu" "siapa? kalau dia u x kenal mcm mn dia blh Tanya u? melainkan dia ada add u?" Lin pon malas nak layan sgt. "x tau lah. I pon tak faham" jawab Lin kira dah habis malas nak layan kegilaan bini dia.
           
             So next ptg aku plak ke kedai yg sama. Lin dgn pantas tunjukkan some1 yg empunya angkara bertanyakan hal tersebut semalam."itu u punya kawan yg Tanya I pasal game tu" ohhhhh ok..... "wei.... ko ke yg main cc." dah sah2 lah aku sbb aku punya fb. Dan dia x add pon fb Lin. Yg ko Tanya dia buat hape..... syokkkk kat laki aku erkkkkkk..... hahahahaha. xde la aku cakap mcm tu plak kan. "ha'ah. level bape dh?" aku berpura2 spt kura2. aku tau dia main tapi aku x tau dia level berapa. "kurang sikit je dr ko" eceyceyceycey.... tetiba kebanggaan plak aku level aku tinggi dr dia walaupon sikit .... pengsan! "wei bagi la nyawa tau!" arghhhhh pengsan dia blh plak guna perkataan nyawa. Mcm nak hilang dah nyawa aku. Aku yg lembab2 otak ni buat muka blur....nyawa? apakah? ohhhhh lives. ok. Nyawa. ok.

            1 hari dlm msg inbox fb. Msg dr sepupu aku "wei ko ade dapat "sugar crunch" aku? wei bagi aku tiketla..."Sugar crunch? tiket? hahahhaahahahahahah gelak mcm nak mampos. Sugar crunch pulok doh..... memula aku fikir jugak. Game apa pulak sugar crunch ni. Iye lah lembab kan. Lepas tu memang aku gelak sorg2. Pepandai je nak tukar nama game. Ada share ke kan? hahahahah.

            1 hari dikantin. Datang cina supply kek dan roti. sementara tunggu dia susun kek dan roti aku layan cc dulu. "u tau ka sekalang ade game gula gula punya?" aku terus tunjuk hs je dah memang tgh main pon. "Itu hali aaaa ada 1 customer mari kedai aku. dia mau order itu cake aaaa itu gula2 dalam itu game. aku cakap mana aku tau" ko memang la.... tetinggal kapal memanjang. aku senyum je. Dia terus tunjuk 1 pic dalam hs dia candy bomb yg dibuat kek. Pandai pon ko kan.... tapi.... wahhhh memang menarik sgt."cantik aaaa" puji aku. " u tau ka. itu customer aaaa marah sama aku banyak kuat tau! dia cakap aaaa itu game sekalang org main punye u apa pon xtau ka?" baguslah ko dh kene marah dgn customer ko sebab x Berjaya dirasuk oleh game tersebut. "eh itu game apa nama aaa?" "candy crush" "semua lvl ada brp aaa?" "saya ingat 365 la...." aku pon bukan tau sgt. "wahhhh itu mcm banyak ka? u sekalang lvl brp?"" x banyak la.... 100+ saje" dia senyum dan terus blah. Mungkin balik ni dia akan cuba merasuk diri sendiri dengan game ni.


           1 hari aku nak pegi tgk member aku kawen kt klang. Dr Ipoh aku naik bas sampai pudu. Sampai Pudu aku naik taxi ke Ampang rumah kawan aku. Kami akan ke klang bersama2 menaiki kereta beliau. Masuk je kereta " Ta lvl ko dh tinggikan Ta ko tolong aku main level 65 ni jap. dah 2 bulan aku sangkut!" adehhhh.... aku ni bomoh ke? aku pon amik mcm confident sgt. walhal aku sebenarnya letih naik bas turun bas naik tangga turun tangga kat pudu pakai baju kurung highhill lagi. ketang ketung ketang ketung tangga kat pudu kan banyak yg besi. Macam gadis yg lari dr kg ke KL utk mengubah kehidupan Damn!!!! Dah tu mengantuk sgt sampai sakit kepala. aku baru je ingat nak membuta dalam kereta tapi x jadi. Sepanjang pejalanan kawan aku ni dok cerita pasal game ni di mana kawan2 beliau ramai yg sangkut lvl65 jgk. Kawan aku ni plak sgt peramah mcm bagi ceramah. bile sembang mmg non stop! 7 keajaiban dunia masuk minah ni 8 la aku x tau mana dia dapat topic dia mmg susah berhenti cakap kalau jumpa aku!

             Then tau tau sesat! aku diam je. dia dh start bertegang urat ngan laki dia. Aku kene main jgk cc atas paksaan. ada la dekat 1/2 jam sesat. pastu jumpa jgk umah kawan kitorg ni. Dah makan kenyang borak2 lebih kurang apa lagi .... berambus lah kan.... masuk je kete. "ta ko main la lagi. ko jgn stop sampai naik level" arghhhhh aku ingat dia lupa...... dia blh suruh aku sambung. aku sambung dgn kepala mamai macam telan ubat batuk. "eh kak Ida , lives dh habis lah. sorrylah x dapat naik" gile comfident aku. walhal lives dia banyak lagi.  dan yg plg best dia x check pon. hahahahahah. bila aku serah hs tu automaticly kena la dgr cerita dia.... x kesahlah asalkan x main cc level65 yg memang maklum sgt susah di antara level2 yg ada. aku sendiri nak lepas lvl 65 hamper 1 bulan.

              1 hari di kantin aku sedang lalai melayan game gile ni. "hiyeee.... u pon main ke?" tegur 1 minah cina ni. "dengar lagu pon sudah tau meh itu candy crush" so? "u level berape?" "mmmmm sikit je....." mcm malas nak layan. ko treat aku mcm game ni apak ko punyekan. menyampah! "u level brp?" "60+" memang jauh lah ngan akak. ko dasat la... beza aku dgn dia hamper 30 level.

              Disebabkan dia dh notis aku main cc ni, tiap kali dia masuk kantin masa tu gak lah aku tgh main cc. 1 hari " u level bp?" dia Tanya " sudah sangkut banyak hari" aku jawab. "bagi  itu tab" selambe mak tiri dia mntak tab. bagi je lahhhh.... So dia terus bukak game dan main sampai habis "NYAWA" aku tapi x jugak lepas level tu. Aku tgk je gelagat cina ni yg ala ala nak tolong bajet dasat tapi x sampai hajat. "haiya..... tinggal 1 biji saje dia xmau bagi" yer la tu..... NYAWA pon habis level x naik. Yg naik hangin aku. Dah 2-3 kali mcm tu. Asal masuk je minta tab konon2 nak tlg. tapi hampeh. Kekadang aku klentong je habis battery. dia jawab pulak.... "bawak la charger lain kali" adehhhhh demam panas aku dgn korang ni.

              Aku bengang lelama dgn dia ni. ala2 nak tolong tapi sebenarnya dia mcm show off sgt dengan level dia yg jauh meninggalkan aku. Bengang! ye aku bengang! aku kene ambil tindakan! tembak? oh no..... kesianlah..... sape nak bagi aku lives lepas ni. dia antara penyumbang lives yg terkerap.

             Aku ambik keputusan walaupon perit. Aku mengatur strategi utk potong dia. Rasa2 macam x mampu sebab beza 30 level. 1st laptop, 2nd tab n 3rd hs. hahahhahahaah aku main dekat 3-3 nih serentak. Mati la. X sampai 2 minggu aku dah potong dia. Dah lahtu aku tinggalkan dia hamper 40 level kedepan. hahahahahhaha.... puas hati aku. hahahahhaha gelak setan!

             "u ni macam gila la..... semua tpt u main" Lin menggeleng2 kepala. Aku senyum je.... hang baru tau ke aku ni gile? hahahahahahah dia tau aku hangin ngan cina tu.

              1 hari dikantin. "sudah sangkut banyak hari la....." aku tetiba je bagitau cina tu baru masuk. Sambil serahkan hs kat dia konon2 mintak tolong dia.... dia dgn bangganya ambik hs aku ala2 nak tolong. Sumpah ingat dia dh tau aku dh potong dia. "hoi.... u sudah lebih banyak ma........" hahahahhahahaha gelak jahat. tapi dlm hati la..... hahhahahahaahha.... kepuasan kepuasan...... dia main jgk. tapi muka ada asam ma..... hahahahahahah

               "u dah potong la cina tu?" Tanya Lin. "yerp..... " "seronok la?" nak perli aku la tu.

               1 hari di rumah. aku tgh layan movie. tiba2 dengar ada org bukak game cc. Haishhhh sape tu? xkan Lin kot? tapi mmg aku berdua je dlm umah ni? Ye memang beliau dah install game tu. dia tunjuk kat aku sambil gelak2..... dulu ko kata aku kannn....

                "u yang suruh main" dia sengih macam taugeh basi. Aku plak? so skang ni roh candy crush yang jahat itu telah keluar dr badan aku dan berpindah ke badan laki aku. Di mana jua dia akan main cc ni. Dalam toilet pon jadi. X tido malam. Bangun pagi trus candy crush. Sampai hr ni lvl aku 201 sangkut dh dekat 2minggu. so ala ala fed up lah jgk nak main. Lin pulak dah sampai lvl65 yg memungkinkan dia sangkut utk jangka masa panjang. Pandai2 lah ko.

                Kesimpulannya candy crush ni game biase jer. Disebabkan dia kedekut lives di mana selang 30mnt baru dpt 1 lives itu yg jadi penyumbang kelembapan untuk naik lvl. Kalau dia bg 5mnt 1 lives dah lama semua org katam! Permainannya agak mudah. Tapi kena tang susah tu memang mak ai la kan. Candy Crush yg bernaung di company King mengaut keuntung 2 juta dollar sehari. Tahniah kepada aku dan pemain2 tegar seluruh dunia kerana telah mengkaya company King ni. kesian dan sekian.


No comments:

Post a Comment