JellyPages.com

komli

Wednesday, 18 September 2013

Pak Hailam Kopitiam

Assalamualaikum
Jalan jalan petang diiringi music dangdut dalam perut. Aku dan family mengambil keputusan muktamad mencari makan di Mydin Meru Raya. Okeh jumpa Pak Hailam kopitiam. Macam best je. Aku excited nak try memandangkan belum pernah try kat mana2 lagi.
Pakcik Pak Hailam Kopitiam
 
Teh Panas rm3 & Air Suam rm0.80
Minuman untuk ayah dan mak
 
Three Layer Tea Sejuk rm5.50
Untuk aku yg sentiase jelita. Ok. aku selalu minumn ni kat tpt lain jugak. tapi yg ni perfect dari segi sukatan. saya bagi 4 bintang untuk awak. tetibe je kan...
 
 
 
Strawberry Shake rm9.50
Untuk Lin
Kampung Mee Goreng rm8.90
untuk Lin. So mi ni goreng dengan udang segar dan isi ikan. ok boleh tahan.
 
Sotong kangkung rm9.50
Ni peberet mak dan ayah aku. Mak aku cakap rasa dia ok. Siap ada sambal boh kat tepi.
Cantonese Beef Kuey Teow rm10.90
ni untuk aku. Ok sedap. X pekat sgt. Light2 gitu.
 
Beef Meatball with Black Pepper Saucy rm15.90
Ni untuk aku jgk. Pelahapkan? hahahha ok. Untuk sos lada hitamnya ok. Tapi akak nak komplen sikit je pasal meatball. Akak dh terbanyak kali gigit tulang dalam meatball ni. Sakit gigi kot dibuatnya. Tapi meatball ni sedap.
 
Readbean Soup rm3.20
untuk ayah yg sgt gemar bubur, pengat beliau cakap ok. Tapi kurang manis. sebab beliau memang kuat makan manis orgnya.
 
Fruit Boat rm9.90
Ini biasalah pencuci mulut. Ais krim dan buah buahan. Dari ko cuci mulut dgn klorox baik cuci mulut dengan Fruit boat ni. Lepas makan kita boleh naik boat tu pegi jalan2.
 
Overall ok. Layanan pon ok. Nak apa2 tekan button kat tepi meja. Nak kena sepak je x payah tekan button tu. Hari tu makan semua harga makanan dipotong 10% atas dasar apa aku pon x tanya, kemungkinan besar promotion kot. Untuk aku insyaAllah akan datang lagi. Alamat dia gini:
PAK HAILAM MYDIN JELAPANG
LOT NO G-18&GB-05
JALAN MERU BESTARI 2, BANDAR MERU RAYA
30020 JELAPANG IPOH PERAK
 
 

No comments:

Post a Comment