JellyPages.com

komli

Friday, 13 September 2013

Cinta Hampa

Assalamualaikum

        Sehari 2 ni aku agak lesu dengan sibuk kesana ke mari uruskan itu dan ini beserta fikiran x tenang dengan cerita itu dan dan ini yg x  enak didengar membuatkan aku termenung  sana dan sini.
        Oklah antara cerita yg x berapa best dan mampu mengurangkan keceriaan aku dari semalam perihal seseorang yg boleh aku katakan anak angkat mak ayah aku yg berbangsa india. Orangnya baik dan banyak tolong waktu aku sakit dulu.
        Aku gambarkan di sini beliau seorang lelaki yg fizikal sgt besar dan sangat baik perwatakannya. Umurnya 28 thn. Dalam cerita ni aku gelarkan beliau Simok je lah memandang org lain memang panggil dia "Gemok" tapi aku x pernah panggil mcm tu tapi panggil nama betul beliau.
        So dalam 5-6 bulan yg lepas beliau mula bercerita dengan mak bapak aku yg beliau dah mula bercinta dengan seseorang yg bernama Catherine yg berasal dari bumi kenyalang. So nama ni betullah kot tapi bukan fullname. Setiap hari ade je yg dia update kat mak bapak aku. Gaduh pun dia cerita. Bile gaduh Simok akan suruh mak bapak aku call Catherine memandangkan mak bapak aku boleh berbahasa iban untuk pujuk siawek. Boleh kata seringkali mcm tu. Aku cuma jadi pendengar setia cerita ni dan berkongsi kebahagiaan yg sedang Simok lalui.
        Banyak jugak Simok ni bercerita pasal awek dia ni. aku pun dah tgk gambar dia. Boleh tahan la orangnya yg berbangsa iban. Orang iban ni memang ramai yg cantik dan memiliki tulang pipi yg tinggi. Lin 1st time sampai sana pon memuji kecantik orang Sarawak ni.
        Percintaan ini bermula apabila Catherine tersalah nombor telefon. Dari situ lah diorg kenal dan bercinta. Mengikut Simok kisah percintaan ini dah berlangsung hamper 2 thn. Tapi baru ni je la dia nak bercerita kat mak bapak aku mungkin sebab merasakan hubungan ni dah serius tahap gaban.
        So baru2 ni Simok menyuarakan hasrat hati untuk terbang ke bumi kenyalang demi bersua muka dengan insan tersayang. Boleh kata hari2 Tanya kitorang bila nak balik sana. Aku cakap aku banyak komitmen lagi pon anak kecik lagi. cuma aku cakap kalau aku rasa nak balik dh sure aku bg tau ko dulu. bapak aku pulak cakap baru je cuti raya 10 hari. susah nak cuti lagi. Tapi Simok ok je x kecik hati dan membuat keputusan untuk pergi sendiri selama 10 hr dan kalau boleh bertunang sekali sebab mak aku pesan suruh bawak cincin at least tunjukkan Simok yg betul2 serius dengan hubungan tu.
         bile dia dah comform tiket hati aku jadi x sedap. Sangat2 x sedap. Tapi aku x tunjuk depan dia. Cuma aku pesan kat dia comformkan betul2 dengan budak pompuan tu suruh dia tunggu kat airport. Memandang Simok 1st time sampai sana dan dia tiada sesiapa di sana tu yg buat aku mak bapak aku sgt x senang duduk. Bapak aku pesan berkali2 supaya apa2 hal call dia.
         Maka berangkatlah Simok pada 11/9/2013 dan dijangka pulang 19/9/2013.
         Baru je sehari dia pergi mak bapak aku sebok nak call. Tapi Simok off hs. So 2nd day aku pon cakap rilex lah dulu. Apa2 hal nanti dia call la.... dia tgh bahagia tu. Pesan aku kat mak bapak aku.
         Balik je dari kantin aku rasa mcm nak pengsan. Letih semalam ke kedutaan Myanmar di Ampang Hilir belum hilang bersambung pulak ke imigresen pagi tadi. kain pulak melambak belum basuh. Aku gagah jugak basuh kain sambil2 layan hujan yg tak berapa lebat ni. Dalam hati aku cakap hujan ni mcm org frust yg tgh nangis.... air mata je keluar. tapi tiada suara... eceyyy tetiba bermadah pujangga plak tgk hujan kan. Tetiba jiran plak ajak layan gossip. Sebelah umah aku ni kalau sehari x cakap ngan aku dia pengsan kot. Dia pernah meluahkan pendapatnya tentang aku yg dikatakan happy go lucky dan selalu buat dia ceria. Yelah tu ceria sebab kesewelan aku ni.
           Petang tu topic Nye ialah jem di sana sini. Bukan jem nenas ke hape.... ni terapik jem namanye. tgh aku layan sembang dengan beliau dalam hujan waktu tu lbh kurang pukul 6.30pm aku Nampak ada org datang rumah mak aku. Aku sempat mengeluh sebab ingat rumah mak aku xde org so aku kena berlari dapatkan org tu untuk bg tau bapak aku later. biasanya gitu. Belum sempat aku kejar tetamu tu dah masuk rumah menanda mak bapak aku ada di rumah waktu tu. Dengan perasaan menyibuk aku pon pergi tgk sape datang. Terkejut macam nak mati rupenye Simok dengan muka yg x dapat ku gambar.
          "woii ape cite ni? u pegi ke x?" belum sempat dia jawab mak aku dah speaking Spanish bagi aku ingat yg beliau sedang berdukacita. then mak aku suruh Tanya baik2.
         "emm.... mcm mana cerita?" ayat yg sudah ditransform ke bahasa surat.
         "aku pegi tapi tadi sudah balik la...." jawab simok dengan nada yg lemah.
          Dah aku tergaru2 kepala mcm beruk mcm mana aku nak Tanya lagi ni. Aku terus diam je.... simok menyambung cerita tanpa dipaksa.
          Apabila dia sampai di airport aweknya sudah menunggu. Mengikut cerita aweknya sikit pon tak terkejut melihat beliau pertama kali yg berbadan besar hamper 170kg itu. Bila sampai beliau di bawa ke rumah sewa awek beliau di mana menempat awek beliau bersama kawan2 sepengajian. Awek beliau dikatakan jururawat plus masih study. Sewaktu mengambil beliau di airport awek beliau masih mengenakan uniform kerja dan pulang ke rumah dengan tujuan menukar baju dan keluar berjalan.
          Setelah menukar baju siawek membawa Simok keluar berjalan2 sekitar Bandar Kuching bersama sebilangan family siawek. Family siawek terdiri dari makcik siawek serta anak2 dan suami simakcik. Siawek juga dikatakan sangat romantis berjalan dengan berpimpin tgn dengan Simok. So sepanjang siang itu Simok telah spent beberapa k untuk shopping siawek dan belanja makan sekali dgn family siawek. Family siawek dikatakan sangat welcome dengan Simok dan terharu Simok sanggup datang semata2 nak jumpa siawek. Bila malam tiba Simok menyatakan yg dia nak tidor hotel memandangkan rumah sewa siawek yg penuh perempuan yg dah sah2 x sesuai memandang Simok sangat teguh dengan pegangang agama beliau.
           Rancangan untuk esok telah diatur apabila siawek akan membawa Simok pulang ke Miri yg perjalanannya lebih kurang 7-8 jam untuk bertemu org tua siawek. Perjanjian untuk pulang akan bermula seawal 5pagi.
           3:30am Simok dah bangun untuk bersiap. 5am siawek masih tak call. Simok yg dah bersiap dari tadi call siawek. Siawek dengan nada selamba berkata dia sudah pon dalam perjalanan pulang. Simok tak terkejut sangat dan menyatakan kalau begitu dia juga akan pulang. "Takpe la.... kalau itu macam saya pon balik la..."
            "u tau ke mcm mana balik?" Tanya siawek
            " u ingat saya bodoh ke? saya duduk sini 2-3 minggu ka saya punya suka la...." jawab Simok mengakhiri perbualan.
             Dengan tenang Simok menyambung tidor semula sehingga pukul 6am. Beliau check out dan terus breakfast. Sementara breakfast family siawek yg keluar bersama Simok semalam datang dan menyatakan sangat malu dengan perangai siawek ini lalu mempelawa Simok untuk ke rumah mereka. Makcik siawek menghubungi siawek dan terus memaki hamun siawek dan bertanya kalau ko tinggalkan dia kenapa ko x tinggalkan sekali barang dia beli semalam yg habis beberapa k tu. Siawek hanya diam. Simok dah pasrah. Simok bertekad nak balik jugak. Mcm mn pon Simok sangat berterima kasih dengan keluarga siawek yg sgt mengambil berat.

          Simok pulang dengan menaiki flight 8:50am. Sampai rumah dalam pukul 2pm. Mak Simok sangat terkejut Simok balik awal. Simok hanya menyatakan di sana terlalu susah untuk melelapkan mata untuk tidor mungkin pasal x biasa memandang siawek juga bekerja. Tu alasan yg plg ada dalam kepala otak demi menjaga perasaan ibu tercinta.
         Dalam pada Simok bercerita airmata aku laju je mengalir. Tapi aku cover la buat buat macam gatal2 tepi mata. Sampai hati dia buat mcm tu dekat Simok. Mak bapak aku dah geram je nak call siawek tapi Simok melarang. Simok cakap biarlah Tuhan ada. Dia xnak susahkan mak bapak aku lagi. Sedih sangat muka Simok waktu tu.
          Hampir 2 jam Simok dirumah mak aku. Simok bagitau dari turun flight sampai sekarang belum jamah apa2 lagi. Yelah.... hati mana yg tak hancur. Diperlakukan begitu.
Dalam pada tu Simok bagitau Siawek call Simok hamper 30 kali masa beliau baru sampai rumah. Mcm mn pon Simok taknak jawab.
          Masa Simok nak balik aku bagitau jawab je panggilan siawek tu dan dengar je ape yg dia nak bagitau. Nanti baru boleh decide betul2. Mcm mn pon lepas mlm tu aku belum jumpa Simok insyaallah esok Simok akan cancel cuti dan mula kerja esok. Nanti aku update lah cerita latest tu....
         Kesimpulannya..... putus cinta ni lumrah. tapi cara mcm mn putus tu yg x berapa nak lumrah.... pada aku cara siawek sgtlah kejam. memang dia tak guna pisau untuk tikam Simok. tapi dia guna colta untuk memecah sebuah harapan yg tinggi menggunung yg dia hadiahkan dekat Simok. Terima kasih banyak2 Catherine Zeta Jones! jgn kita sesame manusia menganiaya sesame kita. Tuhan tu blh balas cash dekat kita atau pon org terdekat hasil dari kesalahan kita....

Gambar ni xde kene mengena.... bukan pasal org ke3 pon..... saje je letak mcm comel je...
          
        
       

No comments:

Post a Comment