JellyPages.com

komli

Tuesday, 24 September 2013

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Assalamualaikum
So agak sedikit kebizian hari ini. awal pagi dah anta Thu Zar ke klinik untuk cucuk 1 tahun. Happy bday anakku. Walau kita sering tidak sependapat tapi kita selalu seiring dalam bab pemakanan. hahahahah.... anak aku pon sama je dgn aku. kuat makan!!!! mana tumpahnya kuah sardin kalau x ke roti canaikan. tu pon peberet aku tu.
            Habis klinik ambik plak adek ipar aku bawak balik umah untuk jaga Thu Zar. Ni semua gara2 Lin yg mcm nak pitam2 gitu pagi tadi. Sebelum sampai umah tapau segala pemakan untuk isi rumah serta isi perut aku. Balik umah makan dan terus tolong ayah aku dikantin. Naik motor mcm minah rempit lajunya. walhal aku takut ada kenderaan lain dok belakang aku terutamanya lori. bila diorg ni potong rasa melayang gile. Aku pon pakai kapcai jer.... kalau 250cc ke 650 cc ke tu len la cite. Dah lama aku pecut naik atas lori.
            Balik dari kantin aku resign jadi minah rempit sebab bawak mak aku. Mak aku dah standby je nak cubit pinggang aku kalau laju. Jadi artis balik shooting pakai motor hari ni. Low profile. Itu lah aku yg x sombong dan tak belagak langsung sebagai artis....puihhh.
            Petang tadi aku dan family decided nak makan kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Ye selangkah ke alam misteri tajuk gambar ni. Nampak x kelibat di atas? Ada tulisan kan? tu la restorannya.
antara peminat yg sambut aku bila tiba direstoran!

Belut ni seekor rm5 x silap aku. Aku x order. Family aku sorang pon x makan belut. Tengok pon dah meremang kata mereka2 ini. Aku ok jer. Tapi bila dah Nampak live mcm ni pastu nak dijadikan hidangan aku xkan makan!!!! Aku akan cepat kesian pada makhluk2 ini. Belut banyak khasiat tu kene tau. Antaranya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. 

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis. (kejadian kopi pes info berlaku lagi di sini)
Air kelapa laut jumbo rm7.50
share dengan geng keras aku ayah n mak.

Ais limau rm2.50
Lin Punya

Jus tembikai rm3.30
mai brade inlo punyer.... selalu dia minum teh ais kan?
Nasi Lemak kerang kampong rm6
untuk aku. nasi tu Nampak macam sikit. Tapi kenyang woi

nasi lemak ayam kampong rm7.50
menu untuk ayah, Lin n mai brade inlo

Bihun goreng Singapore rm6.50
Mak aku punya menu. Mak cakap ini yang the best buat masa ni.

nugget tempura 6pcs rm5.50
untuk Miss Thu zar

bubur santan dgn sagu rm4
hoohohoh sedappppp. sambil makan sambil loncat

pengat pisang rm4

Pulut pelam rm 6
pulut tu sedap kot....
view antara tgn yg ada dalam restoran

Artis dangdut yg demanding sepanjang zaman
 
Ok. Makanan ok. keadaan restoran ok. restoran ni sebenarnya peberet mak bapak aku. Aku sekali sekala sekalu je. Bukan takat nasi lemak je ada kat sini. Macam-macam lagi menu ada di sini. Selamat mencuba Address dia gini:
RESTORAN NASI LEMAK AYAM KAMPUNG
43-45A JALAN ALI PITCHAY
IPOH
Dah kenyang boleh lah joget dangdut....... ahakssss 
 
 

No comments:

Post a Comment