JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Friday 13 September 2013

Lohsyifan Dengan Telur

Assalamualaikum
 
2-3 hari ni aku ada pening lalat sikit. Rasa mood yg x tentu hala. Menyampah dengan segala benda. Rasa tercampak, tersepak, tertipu, terbakar,  terpelosok, teraniaya,  .... lalu tersadai diatas duri2 itu. Maka makin mengong la aku..... tapi hari ni mcm ok sikit. boleh la Nampak huruf2 kat keyboard. kalau x aku Nampak kosong je..... adakah aku kena buatan ? tidakkkkk....

             Pernah dengar x dalam sebulan plg kurang 1 hr kita mcm x betul sbb kitaran hormone. Tapi aku rasa hari2 aku mengong. tu kitaran apa plak? kitar semula? sekitar alam? Alam sekitar?

            oklah sempena menyambut kedatangan mood yg agak baik aku telah mengambil keputusan untuk masak. Lohsyifan dgn telur. Ok lohsyifan ni resipi cina. bahan simple je. tapi sedaplah pada yg suka. Pada yg x suka boleh start paksa diri tu makan ok.
bahan2:


  • Dada ayam -2 ketul dipotong kiub
  • Udang yg besarnya lebih kurang ibu jari-500g buang kulit
  • laksa 2kg
  • bawang putih-10 ulas dicincang
  • telur 10 biji
  • serbuk lada putih
  • minyak bijan
  • minyak masak
  • serbuk perasa
  • garam
bahan sambal
  • cili api potong kecik2
  • kicap manis
  • minyak bijan

Dada ayam yg dipotong secara malas
Udang yg telah dibuang negeri. kulit dan kepala diasingkan.
 
bawang2 ni semua sehat2 belaka. kalau yg kecik2 kena banyak lagi ok
                                     cili api yg terwajib untuk buat sambal dia
3 bersaudara kicap manis, minyak bijan dan lada putih
ini daun bawang dan tauge! sepatutnya kucai Lin dah salah beli. belasah je lah....
laksa 2kg dicelur air panas
ini telur ok
 
Cara masak sangat senang. Apatah lagi cara makan. Dah siap tinggal tolak ke mulut je.
heheheeh. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sampai naik bau. Masukkan ayam dan udang. Ayam tu biar sampai masak ok.
Saat2 genting bawang terjun ke kuali panas
                                      bawang dah ok masuk ayam dan udang
sorry dah terlepas satu step. Sepatutnya aku capture gambar masuk telur then barulah masuk laksa. Cara masukkan telur hendak sebiji demi sebiji. nak masuk terus boleh nak sedia pecah dalam mangkuk dulu pon boleh. Asalkan kuningnya jangan terpecah dulu. Kacau telur tu api kuatkan sikit jgn sampai kering then boleh masuk laksa. So jadi mcm ni bila dah masuk laksa. ok
Lepas tu masukkanlah minyak bijan, lada putih garam dan serbuk perasa. Minyak bijan ni setau aku functionnya tak lain x bukan mewangikan masakan. Dah ratakan bahan tadi baru masuk sayur tauge dan daun bawang@kucai.
ok ini hasilnya yg masih atas kuali
tara..... dah siap
makan bersama sambal kicap ni. Caranya ialah bermalas malasan potong cili kecik2 masukkan kicap manis dan juga sedikit minyak bijan. Siap.
 
  • lohsyifan yg aku masak ni boleh makan untuk 8-10 org
  • Sepatutnya dihidangkan dalam keadaan panas
  • sewajarnya ada sambal kicap. kalau xde rasa dah pelik sikit.
  • lohsyifan ni laksa dia aku dah terlebih celur jadi dia lembik sikit. so beware jgn lama sgt celur.
  • sorry gambar kali ni banyak yg hancur x macam resipi yg sudah2.... hancur gak tapi masih boleh dilayan.
  • aku masak time ni agak kelam kabut. Sorry yerrrrr......
  • selamat mencuba. sesuai untuk org diet. eceyyyy iye lah kot
  • wasalam

 
 
 
 

 

2 comments:

  1. macam simple je masakan nie hehe..rasa nye sambal tu kot yg buat pbuka selera

    ReplyDelete
  2. ye ke heheheh boleh le try :)

    ReplyDelete