JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Monday 18 November 2013

Nasi Ganja

 
Assalamualaikum
Terpanggil untuk tulis perkara seperti di atas. Atas dasar aku dan family adalah di antara ratusan ribu customer nasi ganja. Berpuluh tahun nasi ganja dibuka dan seperti kata owner 55 tahun beliau berniaga di Jalan Yang Kalsom.
            Bukannya dekat sangat dengan rumah aku. Tapi kalau ada urusan yang dekat2 situ pasti di sinilah pilihan untuk kami makan. Dari aku kecik ayah dah start kenalkan aku dengan nasi ganja.
            Pada 14 November lalu kecoh nasi ganja ditutup. Mula2 aku terbaca satu statement sebab2 ditutup yg berteraburan kat fb ni. Bila dah baca statement tersebut aku baca komen2 kat bawah. Perangai aku memang x suka like atau komen apa2 statement yang melayang2 kat fb ni sebab tak tau dimana kebenarannya.

 
            statement tersebut  cuba mencerita nasi ganja menggunakan sesuatu yang tidak baik dalam masakan sebagai pelaris. Tanpa bukti atau paling kurang pon gambar sebijik statement tu terus meracuni kepala setiap yang membaca sambil mengkomen wek wek warghhh worghhh hakkktuiihh huh .... kenapa x letak je gambar muntah sebagai tanda ko betul2 muntah.
            Tak kurang juga pengkomen yang memandang hal ini dari sudut rasional dan logic akal. Dan secara x langsung mengeluarkan hukum2 memfitnah.
            
           
  
Notis Perintah tutup 2 minggu
 
Kementerian kesihatan sahaja. Polis tarak imigresen pon tarak
 
notis dah tampal kat pintu semua org boleh baca
 
Aku jugak ada terbaca polis dan imigresen turut serta dalam penyerbuan ni. Apa ke jadahnye? pandai2 je lah kan.
 
Demi untuk memback up diri towkey restoran mengambil tindakan buat laporan polis....
 
 
nah .... report dah ada
 
org kuat tunjuk tempat masak
 
 
Dan akhirnya penyebar statement mohon maaf
 
Upacara menyebaran dah report dan permohonan maaf... herkk.
 
“Tiada niat dihati saya untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Ipoh.
 
syabas kerana berani tampil
 
oklah. Ni "rasa" dari aku sendiri.
 
Pelaris
Perniagaan yang menggunaan pelaris x akan bertahan lama di samping pendapatan yang x berkat. Tapi ini dah 55 tahun meniaga. Cuba renung2kan
 
Pemfitnah
Ini berada di mana2.... tambah2 lagi kat fb ni. Macam kata Miss ni dia kopipes je. Kopipes pon biarlah sesuatu yang berbukti. Dan ingatan pada aku sendiri dan lain2 jangan lah suka sgt kopipes berita2 macam ni yang belum tahu hujung pangkalnya. Kalau dah ada bukti pon tentang kesahihan 1-1 cerita kalau boleh toksah share pon xpe.... ini aib orang. biarlah org lain tau dari mulut org lain. Banyak lagi yang boleh dishare atau pon kopipes contoh: peringatan2 untukNya dan musabah diri. Xpe lah siapa yang x buat silap dalam dunia ni. Jadi berhati2 lah untuk masa yang akan datang.
 
kesannya
Tokey ni berkeluarga. Macam kita jugak. Cuba sekarang kita letakkan diri kita di tempat keluarga anak cucu pada tokey ni yang mengenali kita melalui perniagaan tokey ni. tup tup jadi gini..... dah jadi typical orang sekeliling mula memberi tekanan. yg paling berotak akan Tanya kesahihan. Yang takde otak mesti mengata lalu menepuk tangan atas kejatuhan orang lain. Dan dengan wujudnya kes macam ni x banyak sikit akan menjejaskan perniagaan.
 
Yang paling aku heran bila miss ni dah mohon maaf ada jugak yang mempersoalkan "betul ke ni fitnah?' hahahha sudah2 lah tu. yang x nak datang sila pergi tempat lain dan hentikan berfikir benda ni. Banyak lagi benda lain yang mampu mengisi fkiran dari terus memburuk2 orang lain.
 
Nasi ganja dah start meniaga balik. Aku yang sentiasa merinduinya akan datang makan kat sini lagi tanpa was was. Nasi ganja adalah perniagaan orang Islam. Dan masakannya bagi aku memang terbaik.
 

 
 
 

2 comments:

  1. sejujur nye..saya memang tak percaya sangat pon statement2 yg ada kat fB or mne2 laman sosial lain..nak taw betul ke tak,baca surat khabar,tengok berita tiap2 malam..simple!hehe

    ReplyDelete