JellyPages.com

komli

Friday, 1 November 2013

Sabar Menanti

Assalamualaikum
Dah start cuti raya! kedeboom sana kedeboom sini. Kat umah aku jangan cakapla.... kiri kanan depan belakang. Ape pon enjoy lah dengar mercun. Enjoy juga layan movie tv2 mesti syiok abes. hehehehe esok plak pergi beraya. Tengah dok piker esok nak ikut ke x ayah ngan mak aku pergi beraya. customer semua menjemput datang umah makan maruku dan lain lain. Aku jugak dah start dapat kuih raya tadi.
 
Lepas maghrib tadi aku pon ikut Lin ke Ipoh. X la lapar mana. Mak aku pon masak memandangkan dah start cuti. Ape pon medang la kat sini. Lama x menyinggah pon.
 
 
 
Sian adek tu dipapah maknye. Kakinye bengkak
 
air airan.
 
bubur pulut hitam
 
bubur jagung
 
bahulu@bengkang pecah lapan
 
sizzling mee
 
since 1980
 
menu menuran
 
keadaan sekeliling
 
melepasi pintu masuk
 
hiasan
 
 
ok. total rm19.90. Sabar Menanti adalah salah satu kedai yang pernah berniaga di stesen keretapi Ipoh dulu. So dah pindah sini restoran ni memang besar dan jual macam2 produk. kuih basah, kuih raya pon ada. tiap tahun aku mesti beli kuih raya kat sini sebahagiannya. buah buahan pon ada.
 
Teringat aku pernah berbuka puasa dengan mak aku berdua tahun bila aku pon dah lupa. Waktu tu aku datang pukul 6 lebih macam tu. Itu pon dah kira lambat dah. Meja hampir habis. Nasib baik aku dan mak dapat meja. Bila aku cedok nasi orang ingat aku pekerja. So aku pon cedok la nasi untuk orang yang datang. hahahahah berpeluh jugak aku nak lari time tu. Masa aku datang orang terus menerus datang x berhenti. Sampai la waktu berbuka orang terus datang tak berhenti. Sampai meja sekolah pon dibawak keluar bagi kasteme dan sampai satu tahap dah xde meja berdiri lah kasteme2 ni. Aku dengan mak aku makan cepat2 x sempat rest terus ke kaunter bayar. Kesiankan pakcik makcik yang berdiri. Ni bukan salah kedai ke hape. Tapi masa tu orang terlalu ramai. Lauk pauk dia memang special time tu. Aku dah lama x berbuka situ. Tapi still datang bulan puasa nak beli kuih raya.
 
kedai bersih. Tepi jalan je. Dekat dengan stadium. Disebabkan dekat stadiumla ada satu cerita lagi.... hahaha banyak sgtttt ceritakan. Aku, mak aku, Lin dan adek angkat aku pergi makan kat sini. Aku parking kete dekat parking stadium tanpa tau hari tu ade game. Habis makan pergi kat parking tgk kereta x boleh keluar. Adjust mcm mn pon sampai biol kepala otak aku x boleh jgk. Time ni Lin belum ada lesen. Aku rasa bawak kete pon tak pandai lagi kot. Masa tu pakai kancil. Game pulak baru start. Pikir punya pikir kitorang angkat kereta ni sampai tempat yang boleh keluar. hahhhh suksess suksess suksess hahahaha kalau ingat balik mcm bangang giler je rupenye. Memang tak boleh lupa...
alamatnya
Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh, Perak

2 comments:

  1. wah,,,,nampak sedap la mee hot plate....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sedap.... tapi biasa2 je rasenye... hehehehe

      Delete