JellyPages.com

komli

Tuesday, 22 October 2013

Terminal Aman Jaya

Assalamualaikum.
Balik je dari makan aku dan pemeli terus ke Terminal Aman Jaya ni nak beli tiket bas. Sementara Lin pergi beli tiket bas aku mak ayah dan si kecik pon meronde sekitar2. Xkan nak beli tiket bas pon sebas ye x? hehehhehe
 
 
 
kaunter tiket bas

banyak kaunter banyak la bas. tak payah nak risau bas xde. kecuali raya dan cuti2 umum ni kene beli awal la..... ok




 

tempat berlepas

tempat berlepas. tempat berlepas ni ada sempadan dia okay. Kalau nak mentangisi perpisahan cukup sampai sini je. Pintu keluar menuju ke bas hanya yang ada tiket dibenarkan masuk. Tabik spring lah dekat system ni. Memang serabut aku tengok kalau segerombolan yang anta sampai muka pintu bas yang naik sorang. Pengsan.... so dengan adanye system yang ala2 airport ni memudahkan dari menyemakkan ok!

tingkat atas jual macam2 makanan

sempat la membeli

dah beli makan kat food court

view dari food court
sebelah food court ada game station

ambik gambar je x tikam pon

ambik gambar je x menumbuk pon

naik je x masuk coin pon kalau benda tu begerak dia terus takut. so x payah bergerak lah.....

manyak lambat tukar tyre belakang. habis la Valentino Rossi sula potong wa

haiyaa.... xpa la xpa la.... wa try dulu. belum cuba belum tau aaaa

bersih

tempat turun tingkat 2

boleh Nampak Mydin. memang dekat sangat. jalan kaki je pon nak ke Mydin tu

Luar hujan lebat. Ramai yang menunggu untuk dibawa pulang. Jangan lengah2 kan mengambil yang tersayang. Penantian satu penyeksaan
 
ok. Kat sini selain tiket bas tiket flight pon ada. Penah beli sekali kat sini. Nak masuk 2 kali kene tunggu AirAsia buat promotion heheheheh....
Sebelum Terminal Aman Jaya dibuka stesen bas di Ipoh terletak di Medan Gopeng. Sebelum Medan Gopeng pulak stesen bas Ipoh di Medan Kidd. Huh.... sangat rare di Medan Kid. Aku pulak pernah keje Medan Kidd ni sebagai penjual tiket di kaunter dan bukan ulat tiket ok. Habis je sekolah aku boleh apply keje situ dan terus dapat. Masa tu tahun 2001.
 
Pengalaman kejam paling banyak sepanjang aku bekerja di situ nak bandingkan pengalaman syurga. Antara yang toplist ialah kene maki dengan penumpang. Aku pulak tersangat budak time tu 17 tahun sweet 17 kononnyer puihhh. Orang maki aku senyum simpul je. Xtau nak cakap apa dah.... Cube ko maki aku skang hahahahha....
 
 1 hari ada lah seorang lelaki India datang bersama ibunya bertanya akan hal bas paling awal ke KL. Seingat aku waktu paling awal pukul 5am. Tapi dia beli tiket pukul 8am yang xde kene mengena  dengan soalan. Time beli ni pulak macam2 soalan aci ni Tanya aku. Bas ni mesti ada ke pukul 8 memandang anak dia ada urusan di KL tgh hari mcm tu. Maksudnya suruh aku bagi gerenti la. So sebagai pekerja yang berdedikasi kununnye aku meyakinkan para pelanggan herkkk.... Dan aku pon ada cakap kene datang awal pergi amik no bus kat kaunter depan sebab ko takkan jumpa aku sebelum pukul 8.
 
 So besoknya aku pon dah terlupa sape yang beli tiket semalam bukak je kaunter aci dengan anak dia datang terus maki aku. Dia kata bas dah jalan. then dia kata dia datang awal. Aku sikit pon tak sempat nak cakap apa2 jauh untuk back up diri sendiri si aci ni terus membebel memaki.
 
Tengah membebel datanglah member sekerja aku yang dah bertahun jadi ulat di situ Tanya aci tu apa hal. Member aku dah naik hantu dengar aci plak speaking. So dia balun speaking Tanya ko sampai awal tu pukul berapa. Aci tu jawab 7.55am sambil tunjuk tiket yang dibeli. Member aku ambik dan pusingkan tiket tu suruh dia baca term n conditon dalam tu yang aku sendiri sebenarnya tak tau apa yang tertulis belakang tiket yang aku jual. hahhahaha..... salah satunya yang aku ingat penumpang hendak berada di perkarangan bas sekurang kurangnya 15 minit sebelum perjalanan. hahhahaha aku dah nak menari wel wel depan aci tu tengok member aku plak yang tolong bacakan kuat2.... seronok nak mampos. Dia baca 1 per 1. Selain kene datang awal, tiket hilang ko kene beli lagi. Selain tu tak boleh refund tiket. Tapi aku pernah Nampak boss aku buat. mungkin dah salah beli nak buat mcm mana. Aci tu terus senyap. Lepas tu Tanya nak buat mcm mn kat member aku. Member aku senang je cakap  "beli lagi la....sekarang sudah ada bas mau jalan" hah tu ayat ulat paling pemes. tapi kekadang bas pon xde tak pon memang lambat. Aci tu terus blah x kata apa2 lagi.
 
berbalik pada member aku ulat ni, aku pernah interview dia pasal jadi ulat ni. Dia dulu keje kerajaan sanggup berenti sebab nak jadi ulat. Pendapat waktu tu yg 10 thn dulu boleh menjangkau rm200 sehari. Kalau sekarang? hahahah tu sebab ulat tak mati kat mana2 pon.... masyuk ooooo.... kalau Tanya pendapat aku yang namanya "tiket ulat" ni pon manusia. Ulat selalu dihina oleh media2 ni aku kurang setuju. Ada jasa ulat ni kalau nak tau. Antaranya bile kita emerngency nak cari tiket dia sanggup tahan bas untuk kita dan check kalau ada kosong. Memangla dia charge lebih. dah nama pon nak cepat balun je lah.... then kalau kita dah taknak percaya kat dia sanggup plak hantar pergi kaunter. X beli kat dia pon xpe. bab kene tipu itu aku tak nafikan ada...... ok.itu sebab kita kene hati2 terutamanya kat station bas macam ni.  tapi aku sendiri kalau naik bas x beli tiket kat ulat ni. Cuma pendapat aku jangan sebab nila setitik rosak susu 18 kotak. Masih ada yang boleh diminum. Beli tiket kat kaunter atau kat ulat pilihan di tangan kita.
 
Dapat result SPM berenti pastu duduk umah then sambung study.
 
 
 

No comments:

Post a Comment