JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Tuesday, 1 October 2013

Restoran Sh Saleem

Assalamualaikum
Nasi briyani kedai ni paling tip top dalam Ipoh. Yg paling jadi peberet aku ayam goreng madu dia aku boleh makan 2-3 ketul ratah saje. Lahap? baru tau ke.... hehehehe tapi gambar tak banyak aku ambik. Masa tu rushing ingat x nak ambik gambar. cuma aku temankan Lin makan je kat situ.
saje nak tunjuk pandai ambik gambar dari dalam kereta waktu hujan. kire ada seni gak kan pic ni? hehehhe

Tara...... nilah restorannya. Iyenya kedai mamak ok.

nasi briyani Lin punya

Nasi kandar aku punya

aku mula2 order fresh orange. Dah macam air gula rasanya orennye ntah ke mana. So aku suruh macha tu bubuh 2 biji limau nipis sebagai penebus kesilapan x sedap tadi. Lin minum teh ais. tak ambik pon pic.

             ok. Restoran kategori macam ni dekat restoran ni je yg aku selalu dengan 1 lagi restoran nasi ganja dekat Ipoh town sana. Laterlah baru cerita nasi ganja kalau pergi sana nanti. Nasi ganja satu hal. Parking susah nak mampos. Restoran Saleem ni macam restoran mamak lain la.... ada murtabak, tosei capati bagai. Tapi dia punya nasi biryani tu yg kill. Sebelum bukak kat sini restoran ni dulu kat bawah pokok area Jalan KK ni jugak. Masa tu aku kecik lagi la.... Dia punya serve biryani ni sepinggan boleh makan 3 orang. Masa berubah.... skang ni sepinggan seorang pon belum tentu cukup.
           Aku pernah keje kat area restoran ni tahun 2005. Masuk keje pukul 5am balik pukul 2pm. Kerje apa? kerani kilang. kenapa awal sgt? kilang makanan memang gitu. kerani kena stanby awal. Aku selalu lewat breakfast. kadang dari pukul 5 pagi pukul 10 baru dapat keluar. Keje tak teruk. Tapi banyak kene stanby lori la, customer la bla bla bla blahhhhhh ....
            Selalunya aku suruh budak2 kilang ni je tapau yg dah tentu masa rehat diorg tetap tak macam aku. Kadang2 ada masa aku pergi je minum kat restoran ni dengan kawan2 sama kerja. Ada sorang member aku ni namanya Ali. Tua dari aku so aku panggil la abg Ali. Mamak jugak. Selalu aku pergi minum dengan dia. Kalau pergi dengan dia ni memang kecoh habis. Dia asek pekene je budak2 restoran ni. Kalau nak apa-apa dia panggil ketuk meja tu pakai gelas je.... memang kuang hajo kan hahahahahhaha. Ada skali tu order milo ais. tup tip dalam milo ais tu ada biji limau. Si Ali ni apa lagi.... ini lah masanye dia membahan tokey restoran ni. "deyyyy ini kawan cakap milo ais banyakkkk kurang la dia punya limau, dia panggil lu taruk sikit lebey ini limau" tokey restoran terpinga-pinga "milo ais mana boleh taruk limau" tokey plak balas dengan habis heran "ini lu punya budak kasi apasal taruk limau?" tokey dah bengang dengan pekena si Ali. Si Ali ni pulak walaupon sesame mamak dia bantai cakap melayu je. So milo limau ais ditukar kepada milo ais sahaja seberapa segera.hahahahah tu lah antara kenangan bodoh aku keje kat sana. Keje sana 3 bulan aku sakit dan berhenti. Itulah keje terakhir aku di company org. Selamat mencuba! ni alamat dia okay:

No. 90 A, Batu Dua,
Jalan Kuala Kangsar,
Ipoh, 30010, Ipoh, Perak

Jalan Pudu

Assalamualaikum

bukak hs tgk memorie dah sempit. Select punya select nak delete jumpa beberapa momment2 buatkan aku sesak nafas bila tgk pic tu balik. Gambar2 ni aku ambik waktu raya ke3 hari tu. Aku ikut Lin ke area situ untuk hantar barang. Ni area Jalan Tun Perak dan Lorong Pudu.
Aku sangat heran. Jalan dah lah sempit boleh plak meniaga tepi2. Yang meniaga semua org luar. Dulu nak parking tepi ni sekejap pon dah berpantun2 dah pakcik trepit.

Ramai x org? Rasa macam kat Dhaka pon ada. Kat Yangon pon ada

Skang terasa kat Pakistan plak.

Para peniaga membuatkan aku merasa di Jakarta Selatan.

Perghhhh..... senak perut aku masa ni. Macam2 perasaan. Takut pon sebab semua foreingner.

Terima kasih Jalan Pudu. Membuatkan perasaan aku menjadi pelancong tiba2.

Myadin depan ada.... mau pigi ka?

Exclusive. Aku pakai heli mase amik gambo ni. dasat kaya x aku? cehhhh....

Pokok2 tu dah penuh dah..... toksah cakap lah. Saya takmau situ pigi. Takut banyak...

Parking dekat bangunan Cahaya Suria full n always. brrrrrr

Bumbung hitam tu mcD dan belakang Plaza Kotaraya.

Aku di tingkat 8 bangunan Cahay Suria. buat apa? ade la.... hahahah cam haram je kan
 
ok. Masuk je dalam kereta aku terus sapu minyak penin dan terus tido sampai Ipoh. Champion x aku? pening nak mampos tgk org plus cuaca panas plus bau bauan yg sangat menyegarkan....arghhhh apakah saya masih di Malaysia mas???? hahahahahah....
            Aku kalau tak disebabkan temankan Lin hantar barang memang tak la nak pegi sini. ok. Sape yang suka dengan keadaan bersesak-sesak, berasak-asak sila ke mari nak nak time cuti. Itu jam semua pelancong ada sini mari jalan2 jumpa kawan naik taxi kita pigi KLCC ambik gambar heheheheheh